Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> 1Malaysia Housing Programme or Program Perumahan 1

views
     
hsquek
post Jul 6 2011, 02:26 AM

New Member
*
Junior Member
43 posts

Joined: Feb 2011
QUOTE(awh85 @ Jul 5 2011, 02:22 PM)
any of these developments listed yet apart from the locations?
*
Do you mean the developers? saw it in sinchew jit poh: putrajaya holdings, sp setia tradewinds, cyberview, sime darby, MRCB, 1MDB.
hsquek
post Aug 3 2011, 06:51 PM

New Member
*
Junior Member
43 posts

Joined: Feb 2011
Manage to locate some information from Official Portal of EPU under PM's Department, till now the application form is not released yet, it is handled by the PR1MA Secretariat under EPU.

Official Portal of EPU: http://www.epu.gov.my/
About PR1MA: http://www.epu.gov.my/pr1ma


The FAQ regarding PR1MA in EPU website:

S1 : Apakah yang dimaksudkan dengan Program Perumahan 1Malaysia?

Program Perumahan 1Malaysia ialah program yang melibatkan penyediaan rumah kos sederhana yang berharga di antara RM150,000 hingga RM300,000 kepada golongan berpendapatan sederhana iaitu golongan yang berpendapatan tidak melebihi RM6,000 sebulan. Keluasan lantai unit-unit rumah adalah dari 800 kaki per segi – 1,400 kaki per segi.

S2 : Apakah perbezaan Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) dengan Skim Rumah Pertamaku?

PR1MA merupakan inisiatif yang menumpu kepada pembekalan rumah kos sederhana. Ia melibatkan pembinaan unit-unit rumah sama ada berbilang tingkat atau hartanah bertanah berdasarkan parameter tertentu. Kumpulan sasar adalah golongan berpendapatan sederhana dengan pendapatan tidak melebihi RM6,000 tanpa mengira had umur. Manakala Skim Rumah Pertamaku merupakan skim pembiayaan yang membolehkan individu yang berumur sehingga 35 tahun dan berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan untuk membeli hartanah kediaman yang siap dibina atau dalam pembinaan yang berharga RM100,000 hingga RM220,000 di seluruh negara.

S3 : Adakah projek-projek PR1MA dilaksanakan di Lembah Klang sahaja?

Fasa pertama pelaksanaan PR1MA akan dilaksanakan di kawasan bandar dan pinggir bandar di Lembah Klang memandangkan terdapat permintaan yang tinggi di kawasan ini. PR1MA akan diperluaskan ke pusat-pusat bandar di seluruh negara berdasarkan keperluan.

S4 : Bilakah projek pertama PR1MA hendak dilaksanakan dan bagaimana hendak mendaftar sebagai pembeli projek ini?

Projek pertama PR1MA dilancarkan pada 4 Julai 2011 di Presint 11, Putrajaya yang melibatkan 560 unit dan dijangka siap dalam tempoh 36 bulan. Pendaftaran permohonan pembelian dijangka akan dilaksanakan menjelang awal tahun hadapan selepas Perbadanan PR1MA ditubuhkan.

S5 : Adakah semua projek rumah PR1MA dikenakan moratorium dan untuk tempoh berapa lama?

Semua projek PR1MA akan dikenakan moratorium selama 10 tahun. Pembeli mesti menduduki kediaman tersebut dan tidak dibenarkan melakukan sebarang urusniaga ke atas hartanah tersebut.

S6 : Selepas tempoh moratorium tamat, bolehkah pembeli menjual hartanah kediaman ini kepada sesiapa sahaja?

Selepas tempoh moratorium selama 10 tahun tamat, pembeli boleh untuk menjual hartanah tersebut.

S7 : Bagaimana pemilihan dibuat untuk pembeli yang layak?
Pembeli yang layak dibuat berasaskan perkara berikut :

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Pendapatan tidak melebihi RM 6,000 sebulan;
© Keupayaan membayar balik tidak melebihi 65% daripada pendapatan kasar;
(d) Pembeli pertama kali (kecuali bagi pemilik rumah kos rendah)

Pemilihan pembeli akan dibuat oleh Unit Khas di bawah Pejabat Perdana Menteri yang akan ditubuhkan.

S8 : Apakah bentuk pembiayaan kewangan yang disediakan oleh institusi kewangan yang terlibat?

Pakej pembiayaan sehingga 105% dengan pilihan pembayaran balik bulanan yang fleksibel (termasuk kemudahan pembiayaan melalui mekanisme ring-fencing di bawah KWSP) disediakan oleh bank-bank yang menyertai program ini. Tempoh bayaran balik adalah sehingga 30 tahun.

S9 : Adakah Program Perumahan 1Malaysia akan dilaksanakan untuk jangka pendek sahaja?

Buat fasa pertama, sejumlah 43,000 unit akan dibina. Bagi tempoh 2011-2015, sebanyak 15,600 unit kediaman akan ditawarkan. Sebanyak 27, 400 lagi akan dibina dalam tempoh 2016-2018.

S10 : Apakah bentuk kemudahan yang disediakan dalam kawasan pemajuan PR1MA?

Semua projek pembinaan PR1MA akan dilengkapi dengan kemudahan seperti Pusat Komuniti, surau, tadika dan premis perniagaan untuk kemudahan dan keselesaan penghuni. Projek PR1MA juga akan dilaksanakan dengan mengambil kira konsep pembangunan yang mesra alam dan dibina di lokasi yang berdekatan dengan sistem pengangkutan awam.

S11 : Adakah PR1MA yang dilaksanakan di Lembah Kelang mahupun di lokasi lain menetapkan kuota tertentu sama ada berdasarkan penduduk asal lokaliti berkenaan, kaum atau/ dan sektor pekerjaan (formal--swasta/ kerajaan/ informal-sendiri/ tidak bekerja)?

Tiada kuota tertentu dari segi lokaliti, kaum atau sektor pekerjaan. Walau bagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada individu yang bekerja berdekatan dengan kawasan pemajuan perumahan tersebut.

S12 : Adakah PR1MA menawarkan diskaun 7% untuk pembeli bumiputera?

Tiada diskaun diberikan memandangkan harga penawaran unit rumah sudah termasuk komponen subsidi dari segi harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran.

S13 : Adakah PR1MA menawarkan diskaun jika saya membayar secara tunai harga rumah di bawah PR1MA?

Tidak ada diskaun memandangkan harga rumah di bawah PR1MA adalah lebih rendah berbanding harga pasaran.

S14 : Saya bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap serta belum mempunyai rumah, memenuhi kelayakan PR1MA dan berupaya memperolehi pinjaman bank untuk pembelian rumah? Bolehkah saya membeli rumah di bawah PR1MA?

Boleh, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak bank dan institusi kewangan.

S15 : Bolehkah pembelian rumah PR1MA melibatkan dua penama iaitu suami isteri?

Boleh, jika gabungan pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM6,000 sebulan.

S16 : Sekiranya saya pernah membeli rumah sebelum ini tetapi telah menjualnya kerana bekerja di negeri/tempat lain, adakah saya layak untuk membeli rumah di bawah skim ini?

Layak, tertakluk kepada rumah PR1MA yang dibeli akan dihuni oleh pembeli. Misalnya, untuk fasa pertama pelaksanaan PR1MA yang tertumpu di Lembah Klang, keutamaan akan diberikan kepada pembeli yang bekerja di Lembah Klang kerana pembeli mesti mendiami rumah tersebut.

S17 : Saya seorang kakitangan Kerajaan dan berhasrat untuk membeli rumah di bawah PR1MA dengan pembiayaan pinjaman Kerajaan. Bolehkah saya berbuat demikian?

Boleh. Pembeli yang memenuhi kriteria kelayakan pembeli PR1MA boleh mendapatkan sumber pembiayaan pinjaman berdasarkan pilihan pembeli sendiri.

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0192sec    0.43    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 28th March 2024 - 04:46 PM