1. Adalah menjadi tanggungjawab Pengamal Seni Silat untuk mempertahankan negara sejak zaman pemerintahan Melaka lagi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak keras ke atas golongan yang cuba menimbulkan kekacauan dan huru hara.
Masa rakyat kita kat Indonesia kena ugut bunuh dgn Bendera. Korang kat mana? Kalau ada hajat pertahankan Malaysia dari jauh lagi dah buat. Pengebom berani mati pun berani jual nyawa pasal nak pertahankan negara. Ni kan 1 juta ahli silat yg kononya nak pertahankan negara. Padahal org yag sepatutnya musuh itu rakyat negara Malaysia juga.
2. PSSLM mempunyai sejuta ahli dan kami akan turun pada 9hb. Julai, 2011 jika Ambiga masih meneruskan Perhimpunan BERSIH 2.0 seperti yang dirancang.
Tak payah nak turun 1 juta ahli. 10 ribu dah cukup. Semua kan pandai lawan. Sorang lawan 10 cukup la. Ni nak 1 on 1 bikin malu aje lah.
3. Kami sebagai Golongan Pengamal Silat merupakan pelindung kepada negara dan Sultan sejak beratus tahun lalu tidak akan berdiam diri.
Sekira kami tidak mengambil apa-apa tindakan maka kami akan dianggap dayus.
Raja/ Sultan tak sound pun korang lagi bising dari tuanku. Ni macam nak perli Raja/ Sultan dan guling kerajaan jer...?
4. Saya akan mengetuai pasukan ini walaupun dengan berkerusi roda dan akan berada di barisan paling hadapan.
Mestilah leader kat depan oi.... kalau kat belakang tu ahli2 silat mana yg ada konfiden nak follow kau?
5. Ambiga dinasihatkan supaya membatalkan perhimpunan ini jika tidak, Omar Din bimbang dia tidak dapat mengawal perasaan dan emosi anak-anak buahnya pada perhimpunan itu kelak apabila mereka bertembung.
Lagi2 ugut. Tau la korang takan kena jail pasal korang ni "Orang baik2". Yang berpiket tu semua jahat2. Kalau tak sebut pasal nak gaduh, takde la tangan dihayun betul tak?
6. Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh memberikan jaminan kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut.
Jawapan sama dgn nombor lima.
7. Banyak lagi kaedah lain boleh dilakukan daripada berarak di jalan raya dan menyusahkan banyak pihak seperti polis, peniaga dan rakyat. Perkara ini boleh diselesaikan melalui cara meja bulat, jadi gunakanlah saluran yang betul.
Ni memang betul. Tapi lu pikir la sikit. Sebut sikit kat internet kena MCMC. Ada forum terbuka tiada liputan di mana2 media. Nak ceramah tak kasi permit. Kalau kumpulan silat lincah di berikan syarat2 tersebut macam mana? Lu pikir2 la sendiri!!!
This post has been edited by netmatrix2: Jul 2 2011, 03:43 PM
Jul 2 2011, 03:43 PM
Quote
0.0181sec
0.19
6 queries
GZIP Disabled