Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> kisah Mahaguru Omardin Mauju ~ Silat Lincah, yang dikatakan nak lawan BERSIH tu.. News

views
     
SUShack3line
post Jul 2 2011, 12:24 AM, updated 15y ago

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


user posted image

Mahaguru Tan Sri Dato' Haji Omardin bin Mauju, dilahirkan pada 29 Mei 1941 di Puchong, Selangor. Tetapi beliau dibesarkan di Kampung Puah, Gombak, Selangor. Anak jati Selangor yang juga dibesarkan di kampung berkenaan sudah berdepan engan keperitan hidup sejak kecil lagi akibat menderita penyakit lumpuh atau polio, iaitu sejenis penyakit yang amat sukar diubati ketika itu. Namum, kesakitan itu tidak menghalang beliau dari berusaha mencari sesiapa sahaja yang boleh mengubatinya sehinggalah bertemu seorang guru silat iaitu Syed Abdul Rahman di Pulau Besar Melaka. Guru silat berkenaan menasihati beliau mempelajari 'Silat Tarah', sebagai usaha mengubati penyakitnya. Maka, bermulalah sejarah silat dalam diri beliau.

Minatnya terhadap silat semakin mendalam apabila mendapati penyakitnya menunjukkan tanda-tanda sembuh tetapi dalam masa yang sama beliau terpaksa menerima hakikat akan menghadapi kecacatan kedua-dua anggota kaki buat selama-lamanya. Sepanjang menjalani tempoh rawatan dan mempelajari silat, Omardin pernah ditanam dari kaki hingga ke paras pinggang sebanyak 15 kali di kawasan pantai pada setiap kali bulan mengambang.

Semua ujian itu dihadapi dengan tabah olehnya walaupun usianya ketika itu 18 tahun. Omardin terus mempelajari pelbagai teknik silat termasuk menyerang, cara bertahan serangan musuh serta menumpaskan musuh menggunakan segala pergerakan tubuh badan termasuk anggota kakinya yang cacat. Beliau bukan sahaja dilatih oleh Syed Abdul Rahman tetapi turut dibantu oleh tujuh orang anak murid gurunya yang juga rakan seperguruan beliau.

Berkat kesabaran, kecekalan dan kesungguhan beliau, Omardin seakan-akan tidak percaya apabila beliau dilantik menjadi Guru Muda setelah 4 tahun bertungkus lumus mempelajari silat berkenaan apatah lagi usianya ketika itu baru 22 tahun. Kejayaannya tidak berakhir disitu kerana selang beberapa bulan kemudian setelah melalui penilaian dan ujian getir gurunya, Omardin dilantik sebagai 'Mahaguru' dan diberi kebenaran oleh Syed Abdul Rahman mengajar Silat Lincah.

Pengiktirafan 'Mahaguru' kepadanya bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai. Namun, Omardin membuktikan kecacatannya tidak menjadi halangan bagi menghadapi ujian kebatinan yang amat getir, antaranya ialah ditetak dengan senjata tajam, disiram dengan minyak panas dan yang paling mencemaskan apabila beliau ditanam hidup-hidup selama 2 hari 2 malam.

Upacara pertabalan Omardin sebagai 'Mahaguru' dilakukan di Makam Sheikh Ismail Sultan Ariffin, Pulau Besar Melaka. Dengan melalui pelbagai adat istiadat. Dalam upacara itu juga, beliau menerima anugerah peralatan gurunya sebagai waris semua ilmu yang dimiliki oleh gurunya. Selesai upacara adat istiadat, Omardin dimandikan di 'Perigi Nenek Kebayan' dan di limau di 'Makam Tujuh Beradik' sebagai penamat upacara pertabalan.

Setelah tamat berguru dengan Syed Abdul Rahman, beliau diwasiat oleh gurunya supaya berguru dengan empat orang guru lain. Bagi memenuhi wasiat berkenaan beliau mendalami ilmu silat dan kerohanian dengan Kiyai Haji Nong Lias di Rantau, Negeri Sembilan, selepas itu beliau berguru dengan Wan Alang dari Bukit Selambau, Kedah. Manakala guru ketiganya ialah Syed Mohammed Al-Qadri dan guru keempatnya ialah Tuan Haji Salleh Patani.

Beliau kemudiannya berangkat ke Tanah Suci Mekkah bersama-sama dengan 37 orang jurulatih untuk 'nas'kan (mengesahkan) ilmunya. Pulang ke tanah air, Silat Lincah mula mencipta sejarah. Dengan hanya lima orang anak murid asal, Omardin membuka beberapa gelanggang di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Dengan hanya lima orang anak murid asal, Omardin membuka beberapa gelanggang di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Dari situ Silat Lincah terus berkembang di seluruh pelusuk tanah air sehingga pendaftarannya sebagai pertubuhan diluluskan dan dikenali Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia. Datuk Haji Omardin, juga pernah mengadakan beberapa siri persembahan Silat Lincah diluar negara termasuk di Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Pakistan, Indiadan Mekkah. Kejayaan Silat Lincah menguasai dunia antarabangsa bermula selepas 4 Disember 1976, di mana satu upacara demonstrasi Silat Dunia anjuran Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia diadakan di Kuala Lumpur. Selepas tarikh keramat inilah, dua orang anak muda dari England dan Belgium, Glenn Lobo dan Christtopher Bogaerts datang ke Kuala Lumpur untuk mempelajari Silat Lincah. Disinilah bermulanya Silat Lincah menembusi dunia antarabangsa.

Anugerah

27/3/1999 – Dianugerahkan Darjah Kebesaran “Dato - Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah” (DSSA) oleh KDYMM Sultan Selangor.

24/3/2001 – Dianugerahkan Gelaran Master 7 Dan, dari Persekutuan Taekwando Global Malaysia.

19/7/2002 – Dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa Gelaran Dato' (DSPN) oleh TYT Gabenor Negeri Pulau Pinang.

19/7/2005 – Dianugerahkan Darjah Mulia Pangkuan Negeri yang membawa Gelaran Dato' (DMPN) Kelas Pertama oleh TYT Gebanor Negeri Pulau Pinang.

31/10/2008 - Menerima Anugerah Living Legend of Martial Arts sempena Kongres Keamanan Dunia (WPC) ke-18 dan Festival Seni Bela Diri Antarabangsa (IMAF) 2008

21/6/2009 - Dianugerahkan tali pinggang "Supreme Grandmaster" dari Persatuan Taekwondo Global Malaysia (MGTF)

1/8/2010 - Menerima anugerah dari Presiden WUKF, Prof Osualdo Messias De Oliveira dari Brazil, yg disampaikan oleh wakil dari Malaysia Master Pathmanathan ( World Union Karate do Federation)

20/10/2010 - Dianugerahkan Kesatria Melayu Terbilang dari Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2010 dan merupakan penerima pertama anugerah yang julung kali diperkenalkan.

16/03/2011 - Menerima Anugerah Selempang Pelangi Hitam Cula Sakti daripada Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM).

ILMU KEBAL ~ SILAT LINCAH MALAYSIA


masa aku belajar Silat Gayung Pesaka di Pulau Pinang dulu.. gelanggang sebelah ialah Silat Lincah Malaysia

anak2 murid Silat Lincah Malaysia gelanggang sebelah dengan amat bangga kata ilmu mereka dari Hang Jebat.
SUShack3line
post Jul 2 2011, 12:42 AM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


kenyataan rasmi Mahaguru Omardin Mauju, pengasas Silat Lincah Malaysia, yang bertegas akan kerahkan 1 JUTA pesilat lincah di Malaysia turun lawan BERSIH 2.0.

1. Adalah menjadi tanggungjawab Pengamal Seni Silat untuk mempertahankan negara sejak zaman pemerintahan Melaka lagi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak keras ke atas golongan yang cuba menimbulkan kekacauan dan huru hara.

2. PSSLM mempunyai sejuta ahli dan kami akan turun pada 9hb. Julai, 2011 jika Ambiga masih meneruskan Perhimpunan BERSIH 2.0 seperti yang dirancang.

3. Kami sebagai Golongan Pengamal Silat merupakan pelindung kepada negara dan Sultan sejak beratus tahun lalu tidak akan berdiam diri.
Sekira kami tidak mengambil apa-apa tindakan maka kami akan dianggap dayus.

4. Saya akan mengetuai pasukan ini walaupun dengan berkerusi roda dan akan berada di barisan paling hadapan.

5. Ambiga dinasihatkan supaya membatalkan perhimpunan ini jika tidak, Omar Din bimbang dia tidak dapat mengawal perasaan dan emosi anak-anak buahnya pada perhimpunan itu kelak apabila mereka bertembung.

6. Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh memberikan jaminan kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut.

7. Banyak lagi kaedah lain boleh dilakukan daripada berarak di jalan raya dan menyusahkan banyak pihak seperti polis, peniaga dan rakyat. Perkara ini boleh diselesaikan melalui cara meja bulat, jadi gunakanlah saluran yang betul.

sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y...ri&pg=dn_05.htm

This post has been edited by hack3line: Jul 2 2011, 12:43 AM
SUShack3line
post Jul 2 2011, 12:47 AM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


user posted image VS user posted image
SUShack3line
post Jul 2 2011, 12:49 AM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


fail lama dulu.. kaitan PM Najib dan Pengasas Silat Lincah Malaysia masa PM Najib jadi timbalan perdana menteri Malaysia

user posted image

SUShack3line
post Jul 2 2011, 12:53 AM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


Ambiga Sreenevasan ~ chairman of BERSIH 2.0.. smile!! biggrin.gif
user posted image
SUShack3line
post Jul 2 2011, 01:02 AM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(Faidzal @ Jul 2 2011, 12:52 AM)
omardin don't like pilihanrya yang bersih?

orang kampung puah rupanya, dekat je sini.

tapi sekarang kawasan kampung puah dan sekitarnya dah tak main dah penjilat BN ni semua.....
*
yang hairannya Mahaguru Omardin Mauju naik kerosi roda je dah ada 1 juta pengikut setia.. camne tu???
user posted image
SUShack3line
post Jul 2 2011, 01:07 AM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(admnovsk @ Jul 2 2011, 01:04 AM)
nak heran apa... khir toyo yang terang2 makan rasuah pn ada banyak pengikut, stakat krusi roda xda hal la bro
*
Khir Toyo secret recipe revealed : makan tempe!! laugh.gif
user posted image
SUShack3line
post Jul 2 2011, 01:35 AM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


anyway related..
MAHAGURU SILAT LINCAH laung amaran kepada INDON!, SILAT LINCAH MALAYSIA cabar INDON! (News)
http://forum.lowyat.net/topic/1540090

user posted image

user posted image

... selalu je dalam headline.. nice marketing skill!!
SUShack3line
post Jul 2 2011, 01:57 AM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(yoecr7 @ Jul 2 2011, 01:50 AM)
eh how u bersilat on a wheelchair wor?
*
hmm.gif i am also thinking that kind of question also.. how?? hmm.gif
SUShack3line
post Jul 2 2011, 01:14 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


Mahaguru Omardin Mauju ditabalkan sebagai mahaguru di makam Sultan Al-Ariffin Sheikh Ismail

user posted image
user posted image

lokasi Pulau Besar, Melaka

This post has been edited by hack3line: Jul 2 2011, 01:17 PM
SUShack3line
post Jul 2 2011, 10:46 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


update..

antara senarai Mahaguru-Mahaguru Silat di Malaysia yang menyokong penuh kenyataan Mahaguru Omardin Mauju, Silat Lincah Malaysia untuk lawan Datuk Ambiga Sreevenasan (pengerusi semasa acara BERSIH 2.0)

Mahaguru Persatuan Silat Gayung Makrifat
Mahaguru Persatuan Seni Silat Selendang Merah
Mahaguru Persatuan Seni Silat Gayung Laksamana
Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia
Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Sendeng
Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Gayung Fatani
Mahaguru Pertubuhan Silat Cekak Malaysia

sumber : http://mynewshub.my/bm/2011/07/02/persatua...tan-bersih-2-0/

This post has been edited by hack3line: Jul 2 2011, 10:47 PM
SUShack3line
post Jul 2 2011, 11:10 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


ikut data tahun 1998.. silat lincah Malaysia memang ada anggota dekat 1 juta orang di seluruh Malaysia.. #1 paling ramai di Malaysia

"keanggotaannya seramai lebih kurang dari 1 000 000 orang ahli di seluruh dunia dan tercatat dalam buku Malaysia Book Of Record terbitan tahun 1998 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohammad (kini Tun) pada Disember 1998, sebagai sebuah pertubuhan ilmu mempertahankan diri yang mempunyai “Keanggotaan Terbanyak dan Terunggul”..

sajak Silat Lincah Malaysia..

SALAM JEBAT SALAM PANGLIMA
SEMANGAT JEBAT SEMANGAT PERWIRA
INILAH HAKIKAT YANG KAMI BAWA
SILAT LINCAH PUSAKA BANGSA

DI PULAU BESAR DI TANAH MELAKA
KELAHIRAN LINCAH TANPA TERCELA
DI SINILAH BERSEMADINYA JEBAT PERKASA
MATI BERDARAH BUKTI PENDEKAR

ABAD DATANG ABAD YANG PERGI
BANYAK YANG TUMBANG DAN BANGUN KEMBALI
AKHIRNYA TEGAKLAH SENI LINCAH
MENJADI PERTUBUHAN SILAT DI MALAYSIA

HIJAU, KUNING, MERAH LAMBANG LINCAH
TANDA SEMANGAT DARAH SATRIA
PUTIH BERSIH JIWA NAN SUCI
AMALAN LINCAH SETIA DI HATI

JEBAT…JEBAT SEMANGAT KAMI
SIMBOL KEAZAMAN KEKUATAN JATI
SEMOGA LINCAH HARUM MEWANGI
LAMBANG KEBUDAYAAN NEGARA INI

KEMASHYURAN LINCAH SUKAR DISANGKAL
DI DESA, DI PEKAN RAKYAT MENGENAL
MAHAGURU DATO' HAJI OMARDIN PEJUANG UNGGUL
BAPA PERSILATAN YANG PALING AGUNG

KINI TERSEBAR DI NUSANTARA
NEGARA ASEAN DAN JIRAN TETANGGA
DOA KAMI LINCAH KEMUKA
MENJADI BARISAN PERTAHANAN NEGARA
SUShack3line
post Jul 2 2011, 11:12 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


antara cara nak kenal Pesilat Lincah ni..
ialah diaorang suka tampal sticker pada kereta atau apa-apa di kenderaan mereka besar2 dengan ayat ni..

SEMANGAT JEBAT

... kalau jumpa perkataan tu memang silat lincah Malaysia

This post has been edited by hack3line: Jul 2 2011, 11:12 PM
SUShack3line
post Jul 3 2011, 12:21 AM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(Scar_face @ Jul 2 2011, 11:40 PM)
ehh..kenapa gune semangat jebat??..jebat memberontak bila hang tuah kne hukum bunuh..itu bukan pelindung sultan tu..itu penguling sultan..ape "mahaguru" ni tak belajar sejarah melayu??.. doh.gif
*
ayat utama Hang Jebat

"Raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah"

Hang Jebat sentiasa patuh pada sultan melaka masa tu, tapi klimaks kesabarannya sudah tidak tertahan lagi apabila Sultan Melaka mengarah bendahara Melaka membunuh Hang Tuah (rakan seperguruan Hang Jebat),.. Hang Tuah dituduh berzina dengan gundik sultan melaka masa tu bernama Melur (Hang Tuah memang bersifat casanova.. Tun Teja pun jatuh hati pada Hang Tuah, Puteri Hang Li Po pun jatuh hati pada Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang pun macam jatuh hati pada Hang Tuah.. tapi kesemuanya Hang Tuah korbankan perasaan dia pada semua perempuan masa tu untuk jadi isteri kepada Sultan Melaka).

Hang Jebat tak tahu bahawa Bendahara Melaka tak sampai hati nak bunuh Hang Jebat.. jadi Hang Jebat disorok... Hang Jebat, bila dia dengar je kata Hang Tuah dihukum mati oleh Sultan Melaka.. dengan amat marahnya SEMANGATNYA NAIK MEMUNCAK dan dia usaha kumpul kesemua rakyat Melaka dan juga orang istana untuk tuntut keadilan untuk Hang Tuah.

Hang Jebat asyik ulang2 ayat.. "Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah" pada semua orang yang dia jumpa, hati dia amat tahan dan amat sebak bila dia tahu Hang Tuah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka.

tapi akhirnya Hang Tuah yang amat taat kepada sultan melaka, keluar dari tempat persembunyianya masa tu dan p bunuh Hang Jebat atas arahan Sultan Melaka masa tu.. Hang Tuah, memang tiada perasaan langsung rasanya, memang dilahirkan untuk membunuh.
SUShack3line
post Jul 10 2011, 04:56 AM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(Jerry77 @ Jul 10 2011, 04:20 AM)
read this from Seni Silat Pusaka Gayong facebook...
Cikgu Majid
bila mau sparring gamaknya..lincah vs gayong...
*
sparring Silat Gayung PESAKA / PUSAKA


Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0229sec    0.27    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 6th December 2025 - 02:45 AM