Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump Topic Topic Closed RSS Feed
119 Pages < 1 2 3 4 > » Bottom

Outline · [ Standard ] · Linear+

Local Clubs ░▒▓▒▓▒ M A L ★ Y S I A ▒▓▒▓▒░, CLOSED

views
     
ReBeLLioN
post Jun 30 2011, 10:10 PM

Casual
***
Junior Member
364 posts

Joined: Jun 2008
From: lorong 4 tingkat 16 sesyen 7 batu 5/0.6



here u rr.. some of compilation my pic.. sorry if not perfect.. noob photographer tongue.gif tongue.gif tongue.gif

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

This post has been edited by ReBeLLioN: Jun 30 2011, 11:50 PM
Angel of Deth
post Jun 30 2011, 10:37 PM

Regular
******
Senior Member
1,242 posts

Joined: Sep 2008
From: Cheras


QUOTE
Taiwan anggap pertemuan pertama satu kejayaan

BUKIT JALIL, (D5) - Lo Chih-Tsung menganggap misi skuadnya meninggalkan Kuala Lumpur sudah tercapai.

Beliau yang telah membentuk skuad Taiwan sejak 2009 sememangnya mensasarkan gol di tempat lawan dan jaringan Chen Po-Liang pada minit ke-76 untuk mencatatkan keputusan 2-1.

Mengakui pasukan kehebatan Malaysia, anak-anak buahnya turun dengan sasaran mencapai keputusan yang boleh diterima semua orang.

Tambah pula, barisan pemainnya jelas gugup ketika beraksi berhadapan dengan ribuan penyokong.

"Tidak pernah dan ini pertama kali mereka bermain dihadapan ramai penyokong yang ramai.

"Mereka tidak dapat bermain seperti biasa."

Chih-Tsung akan menilai semula apa kekuatan pasukan Malaysia serta kelemahan pasukannya dalam pertemuan ini untuk mencapai kemenangan di tempat sendiri nanti.

"Taiwan adalah sebuah pasukan yang gemar menyerang. Kami datang ke sini dan perlu bertahan.

"Tapi di Taiwan nanti, kami akan tunjukan cara kami sebenar kami bermain."


http://www.arena.my/Arena/ArenaBolaSepak/A...x?newsId=162323

QUOTE
Rajagobal janji Harimau Malaya lebih garang

BUKIT JALIL, (D5) - "Saya masih optimis mereka masih mampu melakukannya" - Datuk K. Rajagobal.

Pengendali skuad Harimau Malaya, Rajagobal mengakui anak-anak buahnya tidak beraksi seperti yang diharapkan namun menegaskan pasukannya akan bangkit mempamerkan aksi sebenar ketika berkunjung ke Bandar Taipei nanti.

"Dalam mana-mana kejohanan, pertemuan pertama kebiasaannya cukup sukar."

Walaupun sekadar menang tipis 2-1, beliau tetap yakin pasukannya mampu melepasi pusingan ini dengan baik tetapi menuntut barisan pertahanannya agar lebih fokus dan berdisiplin bagi perlawanan timbal-balik Ahad ini.

"Di awal permainan kami agak longgar, tidak seperti biasa dan tidak begitu kreatif terutama di bahagian sayap kanan.

"Memang kami mencipta gol tetapi kami bermain tidak seperti tempo yang diharapkan," katanya dalam sidang media selepas perlawanan pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia Zon Asia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Beliau semenangnya kurang berpuas hati dengan bahagian kanan baik Amirulhadi Zainal mahupun Helmi Remeli. Beliau menyedari kegugupan Helmi kerana beraksi dalam perlawanan kompetitif antarabangsa pertamanya namun Amirulhadi tidak terkecuali hampir dikeluarkan.

Namun Rajagobal membuat kejutan mengeluarkan Helmi lebih awal dan menempatkan Amirulhadi bagi menampung posisi bek kanan atas pengalaman yang dimilikinya.

Menurutnya lagi, "Separuh masa kedua saya memberitahu mereka saya agar membuat perubahan."

Aksi kurang kemas yang dipamerkan itu mendorong Rajagobal menjerit mengingatkan kepada barisan pertahanannya kerana agak leka dan ternyata telahan pengendali itu benar.

"Kami telah melepaskan gol mudah.

"Kami sepatutnya mendapat dua gol lagi menerusi Baddrol (Bakhtiar) dan (Abdul) Hadi.

"Saya telah berpesan kepada mereka supaya lebih keras kerana Taiwan sebuah pasukan yang komited dan bekerja keras."

Bagaimanapun bahagian benteng bukanlah kegusaran utama Rajagobal ketika ini. Apa yang berlegar ketika ini ialah di bahagian serangan yang menyaksikan Safee Sali menjadi mangsa terbaru dalam senarai cedera.

Penyerang kelab Pelita Jaya itu terpaksa dikeluarkan untuk baki 45 minit terakhir. Sementara Abdul Hadi dan Ahmad Fakri Saarani pula baru pulih daripada kecederaan seharusnya mencetuskan kebimbangan buatnya.

Justeru, beliau menyatakan akan melihat keadaan Norshahrul Idlan Talaha dan bersedia menurunkannya jika perlu.

Melihat kepada senarai pemainnya yang mungkin ada yang belum cergas sepenuhnya, Rajagobal bersedia melakukan rombakan kecil dalam pertemuan kedua nanti.
Rajagobal akan mengambil kira keadaan Safiq Rahim yang dikeluarkan selepas menunjukkan tanda-tanda kekurangan air dan mula berasa kejang sehingga pergerakkannya menjadi perlahan sementara hampir pasti terpaksa melupakan khidmat Safee Sali.


http://www.arena.my/Arena/ArenaBolaSepak/A...x?newsId=162315

Kekurangan air? Cuaca terlampau panas?

This post has been edited by Angel of Deth: Jun 30 2011, 10:39 PM
sickx
post Jun 30 2011, 11:56 PM

:)
******
Senior Member
1,232 posts

Joined: Dec 2005


QUOTE(Angel of Deth @ Jun 30 2011, 10:37 PM)
hmm.gif hmm.gif kena bagitau kawan aku dekat isn ni...

nak tanya siapa yang dapat tengok lebih clear,diorang ni time main minum mineral water je ke atau gatorade?
aressandro10
post Jul 1 2011, 09:44 AM

Getting Started
**
Junior Member
121 posts

Joined: Jan 2010
nampak cam air mineral jer
Playboy21
post Jul 1 2011, 09:45 AM

Il Principino
******
Senior Member
1,023 posts

Joined: Aug 2008
http://soundcloud.com/djbiggie/harimaumalaya

Black and Yellow, Harimau Malaya style!

Fkn' dope!
aressandro10
post Jul 1 2011, 10:05 AM

Getting Started
**
Junior Member
121 posts

Joined: Jan 2010
QUOTE(Playboy21 @ Jul 1 2011, 09:45 AM)
http://soundcloud.com/djbiggie/harimaumalaya

Black and Yellow, Harimau Malaya style!

Fkn' dope!
*
cool..
HangPC2
post Jul 1 2011, 11:06 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Pengadil nafi hak Malaysia


Penulis : Abdul Rahim Khamis

Email : abdrahim@hotmail.com


Saya menulis rencana ini selepas kali pertama menjawat jawatan sebagai penyelaras akademi bola sepak Proton FC pada 2005.


Selepas skuad 1980 yang melayakan diri ke temasya olimpik Moscow,saya berangapan skuad ini akan menamatkan penantian seluruh warga Malaysia untuk layak ke Piala dunia 1982 yang berlangsung di Sepanyol.Namun jangkaan saya meleset kerana jelas sekali,ketika pusingan kelayakan mereka cukup megecewakan.Tetapi,selepas itu,muncul skuad olimpik 1984 yang diketuai oleh Ahmad Yusof.Pasukan ini berjaya melangkah hingga ke pusingan ke 3 olimpik sebelum disingkirkan Kuwait.Dan skuad ini dikekalkan menjelang kelayakan Piala Dunia 1986 yang berlangsung secara round robin.

Segalanya nampak berjalan lancar ketika Malaysia menundukan Korea selatan 1-0 dalam aksi pembukaan hasil jaringan Dollah Salleh di stadium Merdeka.Namun ada sesuatu yang tidak kena apabila skuad ini seri 0-0 bertemu pasukan kerdil,Nepal. Namun,ketika perlawanan ke 2 yang berlangsung di Kuala Lumpur,Malaysia membelasah lawan yang sama dengan jaringan 5-0,hatrik dari Zainal Abidin Hassan. Dan ibarat perlawanan penentuan ke Olimpik 1980,Malaysia sekali lagi dipertemukan jodoh dengan musuh tradisi,Korea Selatan. Skuad kita terbang ke Seoul dengan pelbagai provokasi yang ditimbulkan oleh pihak media Korea pada ketika itu.

Begitulah tahapnya kegentaran Korea kepada Malaysia. Kecederaan pemain tengah serba boleh, Lim Teong Kim dan penjaga gol utama,Rashid Hasaan memberi peluang kepada pemain skuad belia,A.Anbalagan dan penjaga gol muda berpotensi Kedah,Azmi Mahmud tersenarai skuad ke Soeul. Namun Azmi Mahmud hanya menjadi pilihan ke 2 di belakang Ong Yu Tiang. Setibanya di Soeul, pasukan kebangsaan kita disambut seperti pengganas dengan tohmahan serta cacian di airport. Namun,mental pemain sedikit pun tidak terjejas. Bagaimana hak kita untuk berlatih dan menyesuaikan diri dengan keadaan stadium juga dinafikan. Kita hanya berlatih di padang awam di pinggir bandar Soeul. Korea berjaya dalam merosakan mental pasukan kita dengan langkah pertama. Langkah ke 2 ialah dengan melantik pengadil dari Jepun untuk mengadili perlawanan, dan diluluskan oleh FIFA tanpa bertanya mengapa perlu pengadil negara jiran ?? Memang Korea bimbang akan ditumbangkan Malaysia di kandang sendiri,kegentaran mereka sudah sampai ke kemuncak dengan mendakwa pemain jersi 12 Malaysia(Azizul Abu Haniffah) seperti membawa kain hitam yang diletakan di dalam seluar. Dasyat bukan? Fitnah Korea bukan kepalang. Dan jelas,10 minnit pertama Malaysia menguasai perlawanan sebelum Ong Yu Tiang menghadiahkan penalti kepada Korea apabila menjatuhkan Park Chang Sun, dan Park sendiri mengambil sepakan tersebut dan meletakan Korea dihadapan. Keadaan di tanah air ketika itu mula mempertikaikan pemilihan Yu Tiang ketika itu dan kemungkinan gopoh merupakan tindakan beliau menjatuhkan Park. Namun mereka terlupa kerana pilihan ke 2 ketika itu,Ahmad Sobri Ismail diharamkan beraksi kerana provokasi terhadap Presiden FAM(sultan ahmad shah).Tiada pilihan selain meletakan Azmi sebagai pilihan pertama dan penjaga gol vateran,A.Arumugam sebagai pilihan ke 2.

Dan Ketika Malaysia masih mencari semula rentak selepas ketinggalan, sekali lagi Ong Yu Tiang ibarat membuang tiket ke Mexico 1986 apabila gagal menampan kemas rembatan pemain Korea yang mudah bergolek masuk. Masih teringat kata pengulas ketika itu,Dato Rahim Razali yang mengatakan " bye-bye Mexico " merujuk kepada peluang Malaysia ke piala dunia sudah tertutup. Hilangnya rentak Mokhtar Dahari memberi peluang Dollah Salleh mengantikan beliau selepas rehat. Itu merupakan perlawanan antarabangsa terakhir arwah bersama skuad kebangsaan. Separuh masa ke 2,barulah Malaysia bertukar wajah namun harapan untuk melihat Malaysia bangkit hampir menjadi kenyataan sebelum jaringan Dollah dibatalkan kerana mengasari pertahanan lawan. Bukan sedikit kekecewaan Malaysia,lambungan menarik Azizul yg jelas melepasi garisan gol juga tidak dikira,jelas sekali memang berbaloi Korea melantik pengadil dari Jepun mengadili perlawanan. Dan hasilnya,Korea berjaya ke penentuan kelayakan akhir dan menewaskan Korea Utara untuk menempah tiket ke Mexico 1986.

Di kem Kebangsaan, kekecewaan jelas terpancar disebalik hadiah paling pahit sempena persaraan Mokhtar Dahari. skuad kebangsaan dicemuh ketika pulang ke tanah air. skuad yang dilihat terbaik pernah dilahirkan akhirnya terkulai. Namun,bagi saya pengadil yang bertangungjawab di atas kekalahan ini. Juga perlu dingatkan bagaimana mental pemain kita diganggu dan di provokasi dengan teruk ketika tiba di Soeul. Inilah pengalaman skuad beharga. Jika lawan terlalu takut,pelbagai cara akan digunakan.



ABD RAHIM BIN HJ KHAMIS

23 JUN 2005



user posted image


http://ehistory.kr/pop/movie_pop.jsp?srcgb...bn=DK&quality=W




raul7
post Jul 1 2011, 12:08 PM

Getting Started
**
Junior Member
67 posts

Joined: Nov 2006
From: just nearby


QUOTE(ReBeLLioN @ Jun 30 2011, 10:10 PM)
here u rr.. some of compilation my pic.. sorry if not perfect.. noob photographer tongue.gif  tongue.gif  tongue.gif

user posted image

*
kalau tgk pic yg ini.. aku ingat aku duduk satu row dgn ko la brader... hahahaha
ReBeLLioN
post Jul 1 2011, 01:32 PM

Casual
***
Junior Member
364 posts

Joined: Jun 2008
From: lorong 4 tingkat 16 sesyen 7 batu 5/0.6



QUOTE(raul7 @ Jul 1 2011, 12:08 PM)
kalau tgk pic yg ini.. aku ingat aku duduk satu row dgn ko la brader... hahahaha
*
ko pasan x ada mamat gemok pakai baju warna merah.. pki topi badut msia tu?? hahaha tu la aku...
kollin123
post Jul 1 2011, 02:30 PM

Casual
***
Junior Member
369 posts

Joined: Mar 2009
From: Johor Bahru


QUOTE(Playboy21 @ Jul 1 2011, 09:45 AM)
http://soundcloud.com/djbiggie/harimaumalaya

Black and Yellow, Harimau Malaya style!

Fkn' dope!
*
OH MY GOD. SOOO COOL !! LOVE IT wub.gif drool.gif biggrin.gif rclxms.gif

This post has been edited by kollin123: Jul 1 2011, 02:31 PM
SUSAKace
post Jul 1 2011, 02:46 PM

Getting Started
**
Junior Member
76 posts

Joined: Dec 2009



FAM must arrange 1 or 2 friendlies against weaker teams before we take on Singapore in the 2nd round (23 & 28 July). we need to climb higher in FIFA ranking since the seeding for 3rd round will be based on July ranking which will be released on 27 July
raul7
post Jul 1 2011, 02:46 PM

Getting Started
**
Junior Member
67 posts

Joined: Nov 2006
From: just nearby


QUOTE(ReBeLLioN @ Jul 1 2011, 01:32 PM)
ko pasan x ada mamat gemok pakai baju warna merah.. pki topi  badut msia tu?? hahaha tu la aku...
*
duduk kat ujung / aisle dgn memegang dslr?
ReBeLLioN
post Jul 1 2011, 02:59 PM

Casual
***
Junior Member
364 posts

Joined: Jun 2008
From: lorong 4 tingkat 16 sesyen 7 batu 5/0.6



QUOTE(raul7 @ Jul 1 2011, 02:46 PM)
duduk kat ujung / aisle dgn memegang dslr?
*
aah aku duduk dkt dgn pagar tu... hahahaha ko pasan aku kan??
aressandro10
post Jul 1 2011, 04:26 PM

Getting Started
**
Junior Member
121 posts

Joined: Jan 2010
QUOTE(AKace @ Jul 1 2011, 02:46 PM)
FAM must arrange 1 or 2 friendlies against weaker teams before we take on Singapore in the 2nd round (23 & 28 July). we need to climb higher in FIFA ranking since the seeding for 3rd round will be based on July ranking which will be released on 27 July
*
are you sure?... i thought they are based on qualifying history...
sufyian
post Jul 1 2011, 06:16 PM

Getting Started
**
Junior Member
156 posts

Joined: Apr 2007
From: Kuala Lumpur City


QUOTE(raul7 @ Jul 1 2011, 12:08 PM)
kalau tgk pic yg ini.. aku ingat aku duduk satu row dgn ko la brader... hahahaha
*
huhuu..aku yg pakai cap itam tuh.. rclxms.gif kebetulan sume duk satu row pulak
accab
post Jul 1 2011, 06:19 PM

Getting Started
**
Junior Member
191 posts

Joined: Feb 2009
hello guyz,
wanna ask,where shop still got mas away jersey size S?KL area.
sufyian
post Jul 1 2011, 06:20 PM

Getting Started
**
Junior Member
156 posts

Joined: Apr 2007
From: Kuala Lumpur City


user posted image

user posted image

user posted image

This post has been edited by sufyian: Jul 1 2011, 06:22 PM
SUSAKace
post Jul 1 2011, 06:28 PM

Getting Started
**
Junior Member
76 posts

Joined: Dec 2009



QUOTE(aressandro10 @ Jul 1 2011, 04:26 PM)
are you sure?...  i thought they are based on qualifying history...
*
The FIFA Rankings of July 2011 will be used to determine the ranking and seeding of teams during the third round of the 2014 FIFA World Cup Asian qualifiers.

http://www.the-afc.com/en/tournaments/men-...y-2011-rankings
mrdownloader
post Jul 1 2011, 07:28 PM

New Member
*
Junior Member
6 posts

Joined: May 2010


QUOTE(accab @ Jul 1 2011, 06:19 PM)
hello guyz,
wanna ask,where shop still got mas away jersey size S?KL area.
*
try nike midvalley. i saw a lot of shirts hanged + displayed (lunch hour). look like most size still available.
fssen
post Jul 1 2011, 08:16 PM

New Member
*
Junior Member
32 posts

Joined: Oct 2010


QUOTE(AKace @ Jul 1 2011, 06:28 PM)
The FIFA Rankings of July 2011 will be used to determine the ranking and seeding of teams during the third round of the 2014 FIFA World Cup Asian qualifiers.

http://www.the-afc.com/en/tournaments/men-...y-2011-rankings
*
so that means if we have a lower rank we will get a team that is similar to us? if thats the case then i would obviously want malaysia to take the easier route to asian zone qualifying but even if we get hard opposition, i am confident that we can progress.

119 Pages < 1 2 3 4 > » Top
Topic ClosedOptions
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0314sec    1.10    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 21st December 2025 - 10:08 PM