Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Peniaga Uptown Danau Kota dikenakan.., Caj perkhidmatan RM 300 sebulan!

views
     
SUSFuturewyatt
post Jun 25 2011, 07:29 PM, updated 15y ago

Getting Started
**
Junior Member
57 posts

Joined: Jun 2010
KUALA LUMPUR 21 Jun - Kadar caj perkhidmatan sebanyak RM300 yang akan dikenakan kepada para peniaga di Bazar Larut Malam Danau Kota di sini berkuat kuasa 1 Julai ini adalah muktamad.

Sehubungan itu, peniaga yang enggan membayar caj yang dianggap masih rendah itu, diminta keluar dari tapak niaga mereka kerana banyak lagi peniaga yang menanti peluang untuk berniaga di situ.

Ketua Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) Cawangan Setapak/Genting Klang, Ahmad Selamat berkata, di bazar-bazar yang lain, caj yang dikenakan adalah antara RM500 dan RM600 sebulan, namun peniaga terbabit tidak pernah membantah.

“Sebenarnya, RM300 tidaklah banyak kerana jumlah tersebut akan digunakan untuk menjaga segala aspek berkaitan bazar di Danau Kota ini.

Kita akan melakukan kutipan sampah, mengatasi masalah kesesakan, menambah anggota Rela untuk menjaga keselamatan di kawasan ini dan sebagainya.

“Petugas-petugas yang ada sekarang ini tidak cukup untuk mengawal puluhan ribu pengunjung yang datang ke bazar ini sepanjang minggu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Hari ini, Utusan Malaysia menyiarkan bantahan penjaja Bazar Larut Malam Danau Kota berhubung kenaikan caj perkhidmatan daripada RM150 kepada RM300 bermula Julai ini.

Ahmad menambah, banyak masalah yang dihadapi oleh pihaknya selaku penganjur bazar itu terutama daripada penduduk sekitar berhubung soal kebersihan dan kesesakan.

“Dengan RM150 sebulan, kita memang tidak mampu berbuat apa-apa. Kita (penganjur) juga sudah banyak berkorban demi menjaga keselesaan penjaja-penjaja di sini.

“Hasil dari kewujudan bazar larut malam ini, penjaja-penjaja sudah mampu hidup senang dan menjadikannya sebagai sumber pendapatan tetap,” jelasnya.

Beliau juga berharap para peniaga di situ bekerjasama dengan pihaknya bagi menjadikan bazar itu lebih selesa serta selamat dan tidak hanya mementingkan diri dan keuntungan sendiri sahaja.

“Menyediakan perkhidmatan yang terbaik memang memerlukan kos yang tinggi sedikit. Mustahil RM10 sehari tidak mampu dibayar sedangkan sewa kedai RM1,000 pun mampu bayar,” katanya.

Ahmad berharap peniaga tidak lagi menjadikan perkara-perkara kecil seperti isu yuran itu sebagai halangan untuk memajukan lagi perniagaan mereka di situ.
Yuran Perkhidmatan RM 300

Peniaga Bantah kenaikan Yuran


Korang tahu sewa kat uptown Danau kota tu sebulan berapa? RM 10k tau.pastu duit kopi utk polis dan DBKL RM 10k kumpul daripada tiap-tiap peniaga.Uptown SriGombak baru RM 280 sebulan.
SUSFuturewyatt
post Jun 25 2011, 07:45 PM

Getting Started
**
Junior Member
57 posts

Joined: Jun 2010
QUOTE(rd33 @ Jun 25 2011, 07:32 PM)
10k ? Really? any reliable sos kicap?

At Lowyat also minimum is 10k rent. I dunt think the seller at Danau Kota can afford 10k per month. 1k++ maybe
*
Aku pernah meniaga kat uptown sri gombak 8 bulan.semua peniaga-peniaga kat situ tahu kes ni.cuba kau parking kat uptown sri gombak tu park tepi jalan MPS kacau tak? setengah jam MPS kacau.. cuba buat bende yang sama kat Danau Kota ada yang kacau tak? apsal tak kacau? takut? biggrin.gif

RM 10k setahun sekali.tapi orang kat situ mmg ramai.ada sekali uptown Danau kota tu tutup cuti hari isnin.sales aku kat Uptown SriGombak RM 1k sehari tu.jual apa? accesories komputer. rclxms.gif

Uptown More better than Pasar Malam.pasar malam sewa sepetak RM 5.00
SUSFuturewyatt
post Jun 25 2011, 07:47 PM

Getting Started
**
Junior Member
57 posts

Joined: Jun 2010
QUOTE(Polaris @ Jun 25 2011, 07:43 PM)
RM300 pun kedekut, fail penjaja
*
Maintance kedai pun baru RM 200++.tu pun landlond bayar.bukan tenant bayar.
SUSFuturewyatt
post Jun 26 2011, 01:47 PM

Getting Started
**
Junior Member
57 posts

Joined: Jun 2010
QUOTE(Faidzal @ Jun 25 2011, 08:16 PM)
dalam artikel cakap RM300/bulan, tapi kau kata RM10k sebulan?

mana yang betul ni?
*
yang RM 10k tu duit kopi suap pada DBKL dan polis supaya jangan kacau niaga diorang.tu yang parking bersepah pastu komplen sana sini mana ada apa-apa tindakan.pasal dah kena suap.yang ni aku tau pasal aku pernah niaga kat uptown sri gombak.Uptown srigombak tu ada yang berniaga asal di Uptown Danaukota.diorang ni membocorkan rahsia.bende ni `top` dikalangan peniaga uptown sahaja. tongue.gif

yang yuran perkhidmatan tu dikenakan berkuatkuasa 1 julai.mana yang ada 10 outlet atau ada kedai mungkin tak kisah sangat.mana yang `carik` makan kesian la.kalau diikutkan logik Sewa RM 1000 boleh bayar takkan yuran perkhidmatan tak mampu nak bayar kan? betul tak? tapi sana mmg orang ramai.aku pergi sana pun sekali je.
SUSFuturewyatt
post Jun 26 2011, 01:52 PM

Getting Started
**
Junior Member
57 posts

Joined: Jun 2010
QUOTE(Muhammad Nur Hanief @ Jun 25 2011, 09:11 PM)
Padan muka serve them right! Orang Malaysia memang pemalas. Tau mencukai saja. Malas ambil kisah pasal isu semasa. Tau berkaraoke saja. Padan muka woohooo!

Merantau lagi ada baik!
*
masa aku berniaga kat uptown SriGombak dulu..ko tau kipas coolerpad yang bigfan tu kan? aku tibai jual RM 25 ada orang beli.tibai lagi RM 35 ada orang beli.
SUSFuturewyatt
post Jun 26 2011, 03:09 PM

Getting Started
**
Junior Member
57 posts

Joined: Jun 2010
QUOTE(Bombgen @ Jun 26 2011, 02:45 PM)
Damn aku duduk DKota pown tak sampai 5 kali aku pergi sane. Bukan ade pape pown nk beli. Time hari raya lagi pundek,mmbr aku duduk dkt ngn uptown tu tak boleh kuar kete jalan dua lane full ngn parking kete depan sekolah tu. Tu tak bukak lagi KL City Festival tu,kalau da bukak mmg sesak r..
*
aku ingat kalau pegunjung ada 10000 pada satu masa.peniaga capture 10% pun dah cukup tak? Danau kota tu bawah selangor atau KL? hmm.gif

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0119sec    0.59    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 16th December 2025 - 10:39 AM