http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y...na&pg=re_08.htm
"Sebab itu, lelaki selalunya mempunyai pedoman penting (golden rules) mengenai telefon bimbit yang mesti diikuti jika dia mempunyai selingkuhan. Apa pedoman penting itu?
l Jangan sesekali masukkan nama kekasih anda itu dalam telefon bimbit. Pastikan anda hafal nombor berkenaan. Jika tidak mampu kerana punya ramai kekasih dan anda pun sudah mulai pikun, cuba gunakan nama lain. Tapi awas, ini muslihat lama yang sudah diketahui ramai wanita.
l Hapuskan segala jejak berupa rekod panggilan, SMS atau foto termasuk yang dalam memori. Jadikan tabiat, setiap kali kaki melangkah ke pintu pagar rumah, segala jejak itu telah terhapus.
l Pesan kepada kekasih anda agar mematuhi aturan waktu berhubungan. Waktu paling aman ialah semasa jam kerja, Jangan sesekali sewaktu anda sedang bersama isteri dan keluarga. Tetapi jika terperangkap dalam situasi itu, jangan panik. Bersikap biasa dan jangan cepat-cepat beranjak ke tempat lain untuk menjawab telefon, SMS atau e-mel. Ini boleh menimbulkan kecurigaan. Pandai-pandailah temberang. Dan, bagi memastikan suasana lebih aman wujudkan penampan iaitu dengan menggunakan kod. Contohnya, esok tak ada meeting yang maksudnya esok tak jadi dating.
l Atau untuk langkah yang lebih selamat, belilah dua kad sim. Satu nombor untuk berhubungan dengan isteri dan keluarga serta satu lagi khusus untuk kekasih anda. Kad sim pada masa ini pun bukanlah mahal sangat. Asasnya, pelaburan kecil boleh menyelamatkan musibah besar.
l Pastikan juga jenama telefon anda berbeza dengan milik isteri. Bukan apa, kalau isteri terdetik nak buka pun ia akan mengambil masa. Tapi kalau isteri anda jenis mahir teknologi, pedoman penting ini tidak terpakai.
(Sebenarnya ada beberapa lagi pedoman penting yang biasa diamalkan oleh lelaki curang. Kalau ada manfaatnya, Kucing Jantan boleh dedahkan kemudian)."
This post has been edited by Fizzy-Fiz: May 30 2011, 01:51 PM
Utusan give tips on how to cheong, pardon if slowpoke.
May 30 2011, 01:50 PM, updated 15y ago
Quote
0.0174sec
0.49
5 queries
GZIP Disabled