Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Silat vs Muay Thai, who more power?

views
     
SUShack3line
post May 22 2011, 12:31 AM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(KarchKiraly @ May 22 2011, 12:04 AM)
Silat is weak...


This is sissy move in silat...

*
ya lar silat really weak even they always kena rotan by the silat master sweat.gif

SUShack3line
post May 22 2011, 07:50 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


ikutkan fakta sejarah,
pendapat peribadi aku kata silat tak berapa kuat..

silat dah pernah kalah amat teruk dengan muay thai dulu..
empayar melayu kedah habis berpecah, sampai sekarang melayu di yala, narathiwat, patani dari segenting kra tu habis semua sampai sekarang asyik kena bunuh dengan orang thai.. sementara pulau pinang yang dahulunya di bawah kesultanan melayu kedah sudah pernah jatuh kepada penjajah british, nasib baik dapat kembali dan jadi wilayah Malaysia yang dalam bahasa latin, bahasa penjajah barat dulu bermaksud "tanah orang melayu"

sementara melayu di kemboja kalah teruk dengan bangsa khmer, di indonesia pula, diperbodohkan oleh penjajah belanda.. sesuka hati je penjajah british dan penjajah belanda main bahagi-bahagikan tanah-tanah melayu.. amat teruk diperbodohkan kesemua indon untuk namakan negara mereka INDONESIA yang bermaksud "kepulauan india".

singapura lagi la teruk dulunya di bawah kesultanan melayu johor.. sekarang apa jadi.. nak buat acara keagamaan orang melayu pun dah tak boleh di singapura tu.. bahasa dan budaya pun terlalu amat agongkan dunia barat.

melayu di filipina pula kena teruk dengan penjajah sepanyol.. habis negara mereka dinamakan sempena raja phillip dari sepanyol tu.. diperbodohkan macam indonesia juga melayu di filipina tu.

....
fakta sejarah mengatakan thailand adalah satu-satunya negara di asia tenggara yang sekalipun tak pernah kena jajah.. malah semakin luaskan kuasanya dengan menakluk tanah melayu di bahagian utara.. punya la banyak melayu dari tempat yang sekarang kita panggil selatan thai tu minta sedekah di Malaysia.. dialek mereka lebih kepada dialek Kelantan yang amat ganas suka bakar kereta, bakar stadium tapi dah kena jajah dengan thai.

cina pula yang pakai kung fu, negara mereka sudah terbahagi kepada banyak tempat PRC, taiwan, macau dan hong kong (hong kong dah masuk semula jadi negara china).. korea yang pakai tae kwon do, sampai sekarang berpecah kepada korea utara dan korea selatan disebabkan gila kuasa politik dan diperbodohkan dengan idea demokrasi barat dan idea komunis karl marx.

jepun pula sudah pernah kalah amat teruk kepada USA, kena 2 biji bom nuklear habis semua jadi kecut perut..

USA semakin bertambah wilayahnya, sudah lebih 50 kali USA tukar benderanya setiap kali ada wilayah baru masuk USA.. penjajah british pula tak dapat dinafikan empayar ciptaannya yang bernama Commonwealth amat luas.. dan sampai sekarang kita cakap bahasa diaorang disebabkan ekonomi dan macam-macam lagi memang penjajah barat yang pegang.

This post has been edited by hack3line: May 22 2011, 07:52 PM

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0163sec    0.81    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 16th December 2025 - 09:29 PM