Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 vet'salary, curious

views
     
jeremy3232
post Aug 13 2011, 11:00 AM

Getting Started
**
Junior Member
119 posts

Joined: Nov 2004


From SPA's website

Pegawai Veterinar Gred G41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem./Jab.: Kementerian Pertanian/ Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Jadual Gaji:
P1T1 RM1694.46 - P1T27 RM4644.46
P2T1 RM1789.08 - P2T27 RM4922.73
P3T1 RM1887.88 - P3T27 RM5224.80 (not including imbuhan/elaun)

Syarat Lantikan:
Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah dalam Ilmu Perubatan Veterinar atau Sains Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan berdaftar di bawah Seksyen 12(1) Akta Doktor Veterinar 1974 selaras dengan senarai kelayakan-kelayakan di Bahagian I Jadual Kedua.
[Gaji permulaan ialah pada Gred G41: P1T7 RM2237.16]; dan
lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Veterinar adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Veterinar Gred G41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
mempunyai kelayakan yang disenaraikan di bawah Jadual II Bahagian II Akta Veterinar 1974 (Akta 147) yang diiktiraf setaraf dengan Ijazah Am oleh kerajaan; dan
lulus Peperiksaan Khas anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar, UPM dan Majlis Veterinar Malaysia; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab mengawal penyakit-penyakit haiwan dan rawatannya, memastikan makanan ternakan selamat untuk pengguna, merancang dan menjalankan kerja-kerja pemeliharaan dan pembaikan mutu ternakan, menguat kuasa undang-undang import bahan-bahan ternakan, mengawasi pusat-pusat karantina dan membuat laporan mengenai pembangunan dan kemajuan tahunan Jabatan dan lain-lain tugas pentadbiran Jabatan.



 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0158sec    0.53    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 15th December 2025 - 10:12 AM