Source: DBKL
1.0 PENDAHULUAN
Garispanduan semasa tidak membenarkan mana-mana pengusaha menjalankan operasi perdagangan di dalam unit kediaman. Skim kediaman-pejabat memberi fleksibiliti kepada pengusaha berskala kecil untuk mengusahakan operasi perniagaan (pejabat) mereka di dalam rumah pada kawasan-kawasan perumahan yang telah ditentukan. Skim ini membantu mengurangkan kos operasi perniagaan dan membolehkan perniagaan baru dapat bermula Sebagai contoh golongan profesional atatupun firma konsultant kecil yang mempunyai bilangan pekerja yang sedikit.
1.1 Tujuan
Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pemohon terhadap kehendak-kehendak pembangunan kediaman pejabat yang menimbulkan kacau ganggu kepada awam. Sehubungan itu, kawalan terhadap bentuk pembangunan kediaman pejabat yang akan dijalankan di kawasan tersebut dilakukan berdasarkan peruntukan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan, 1982 di mana pemaju perlu mendapatkan kelulusan perancangan sebelum sebarang kerja-kerja pembangunan dijalankan. Setiap permohonan kebenaran perancangan akan diteliti dan dinilai kesesuaiannya untuk memastikan garis panduan perancangan dipatuhi sebelum sesuatu permohonan diluluskan.
1.2 Skop Garis Panduan
Garispanduan ini merangkumi semua cadangan pembangunan kediaman-pejabat di kawasan yang kediaman.
1.3 Definisi
Pembangunan kediaman-pejabat merupakan aktiviti perdagangan yang dijalankan pada unit-unit kediaman, dimana sebahagian daripada ruang unit itu tersebut dijadikan ruang pejabat .
2.0 DASAR-DASAR DAN GARIS PANDUAN SEMASA
2.1 Dasar Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL 2020)
Dasar CO 3: DBKL akan membenarkan aktiviti K-Ekonomi di premis kediaman. (Pejabat Perniagaan dan Perkhidmatan Persendirian Aktiviti K-Ekonomi di Premis Kediaman).
Teknologi yang berkaitan dengan K-Ekonomi telah membolehkan aktiviti ekonomi dijalankan di premis kediaman. Ini telah mendatangkan banyak faedah bagi individu, perniagaan dan badan pentadbiran yang mengikuti arah aliran ini kerana perbelanjaan yang rendah dan mengurangkan permintaan terhadap infrastruktur Bandar Raya, terutamanya rangkaian pengangkutan.
Peraturan kawalan perancangan sedia ada mengehadkan premis kediaman digunakan untuk aktiviti selain kediaman. Bagi membenarkan aktiviti K-Ekonomi di premis kediaman, peraturan dan garis panduan kawalan perancangan perlu disediakan. Aktiviti sedemikian tidak mengakibatkan kacau ganggu dan tekanan kepada infrastruktur bandar. Kegiatan-kegiatan mestilah dijalankan oleh penghuni secara persendirian, melibatkan penggunaan ICT dan tidak memerlukan pembantu.
3.0 GARISPANDUAN PEMBANGUNAN KEDIAMAN-PEJABAT
a) Kelulusan Kebenaran Perancangan skim kediaman–pejabat merupakan kelulusan kebenaran perancangan sementara. Kelulusan kebenaran perancangan akan ditarik balik sekiranya pembangunan tersebut memberi kacau ganggu kepada jiran.
b) Saiz setiap unit kediaman untuk kediaman pejabat tidak melebihi 2,000 kp.
c) Aktiviti perdagangan berasaskan teknoloji dan pengetahuan boleh menggunakan rumah mereka sebagai pejabat. Senarai aktiviti-aktiviti perniagaan yang sesuai seperti di tunjukan pada Lampiran 1.
d) Pemilik perlu memastikan aktiviti-aktiviti perniagaan tidak memberi kacau ganggu kepada jiran-jiran bersebelahan ataupun kawasan kejiranan kediaman. Aktiviti-aktiviti perniagaan seharusnya tidak mengeluarkan bunyi, asap, bau & habuk dan pengunaan kenderaan yang memberi kacau ganggu kepada kawasan jiran. Kegunaan sebagai gudang dan kegunaan bahan binaan dan merbahaya tidak dibenarkan.
e) Bilangan pekerja yang dibenarkan adalah seramai 3 orang unit setiap unit sekim kediaman-pejabat.
f) Kelulusan Kebenaran Perancangan sementara akan diberi dalam tempoh masa selama 3 tahun dan pemohon perlu mengemukakan permohonan lanjutan selepas tempoh tamat.
g) Alamat unit kediaman boleh digunakan untuk tujuan perniagaan. Papan iklan perniagaan boleh dibenarkan dan pelan mengikut garispanduan yang ditetapkan.
h) Semua keperluan aspek keselamatan perlu diambil kira untuk memastikan aktiviti-aktiviti tidak memberi kemudaratan kepada jiran bersebelahan Pemohon juga perlu mematuhi kehendak keperluan agensi-agensi teknikal yang lain seperti Bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan ataupun jabatan-jabatan berkaitan.
i) Pengiklanan ataupun pemasangan poster terhadap perniagaan tidak dibenarkan dan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi kesan sampingan kepada orang awam tidak dibenarkan.
j) Penggunaan elektrik mesti tidak melebihi daripada penggunaan purata unit-unit kediaman biasa.
4.0 KEPERLUAN MENGEMUKAKAN PELAN
4.1 Pelan Tapak dan Pandangan Sisi
a) Kegunaan utama pembangunan kediaman-pejabat ialah kediaman. Aktiviti yang dijalankan tidak memberi kacau ganggu kepada kegunaan kediaman yang berhampiran. Setiap unit mempunyai kemudahan seperti tandas dan ruang dapur.
b) Sempadan bagai cadangan ruang yang akan dijadikan pejabat dan kawasan yang dikekalkan sebagai ruang kediaman.
NOTA: Perkara a dan b di atas perlu ditunjukkan dalam pelan tapak dan pandangan sisi.
4.2 Pelan Terperinci dan Pandangan Sisi
Pelan Lokasi menunjukan kedudukan unit kediaman dan pelan terperinci berskala 1:50 perlu menunjukkan kawasan yang dijadikan pejabat dan yang dikekalkan sebagai kediaman.
5.0 PENUTUP
Teknologi yang berkaitan dengan K-Ekonomi telah membolehkan aktiviti ekonomi dijalankan di premis kediaman. Sehubungan itu, konsep kediaman-pejabat atau lebih dikenali sebagai ‘SOHO’ telah mendatangkan banyak faedah bagi individu, perniagaan dan badan pentadbiran yang mengikuti arah aliran ini kerana perbelanjaan yang rendah dan mengurangkan permintaan terhadap infrastruktur Bandar Raya, terutamanya rangkaian pengangkutan. Melalui garis panduan dan peraturan kawalan perancangan yang disediakan ini membolehkan premis kediaman digunakan untuk aktiviti selain kediaman.
SOHO CONCEPT, DBKL
Mar 8 2011, 02:17 PM, updated 15y ago
Quote
0.0169sec
0.67
5 queries
GZIP Disabled