QUOTE(pokeat @ Dec 17 2011, 06:57 PM)
And, where to translate the spm cert cos I never do before, commissioner oath ?
Just for the convenience of future students who are required to translate certificates or result statements;
I believe the best verified translator would be the Malaysian Examinations Syndicate (Lembaga Peperiksaan Malaysia).
I'm not sure what certificates do they accept to translate but above all, I believe they would be able to translate the certificates they issued themselves.
Excerpt on instruction is quoted below.
QUOTE
PANDUAN PERMOHONAN TERJEMAHAN SIJIL
1. Lembaga Peperiksaan menyediakan perkhidmatan terjemahan sijil atau pernyataan ke dalam Bahasa Inggeris.
2. Bagi permohonan terjemahan sijil atau pernyataan atau slip keputusan ( sekiranya sijil atau pernyataan belum dikeluarkan oleh LP ). Laporan polis atau surat sumpah tidak diperlukan.
3. Bayaran proses RM10.00 ( Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja ) dikenakan bagi setiap helaian terjemahan yang dipohon. Bayaran boleh dibuat menggunakan Wang Pos ( Postal Order ) atau Kiriman Wang ( Money Order) atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN’. Cek persendirian tidak diterima.
LAIN-LAIN
1. Semua permohonan, sama ada untuk mendapatkan salinan keputusan atau terjemahan hendaklah menggunakan borang yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Borang permohonan boleh didapati daripada kaunter di aras bawah bangunan Lembaga Peperiksaan, Blok E11, Kompleks E Putrajaya, atau Jabatan Pelajaran Negeri ( Unit Penilaian Dan Peperiksaan ) atau di laman web LP.
3. Permohonan pernyata keputusan PMR bagi tahun 1998 ke atas dan permohonan salinan keputusan SPM bagi tahun 1994 ke atas boleh diperolehi dalam tempoh satu jam sekirannya pemohon datang sendiri ke Lembaga Peperiksaan.
4. Masa dua minggu diperlukan untuk memproses permohonan penyata keputusan PMR bagi tahun 1997 ke bawah dan permohonan salinan keputusan SPM bagi tahun 1993 ke bawah. Begitu juga bagi permohonan sijil SPMU atau SPM Kertas Julai.
5. Permohonan secara pos akan mengambil masa dua minggu untuk diproses (sekiranya maklumat lengkap). Masa dua minggu lagi diperlukan untuk proses pengeposan.
6. Kaunter permohonan dibuka setiap hari berkerja.
Isnin - Khamis :8.15 pagi - 4.30 ptg
Jumaat :8.15 pagi - 12.30 t.hari
:2.45 ptg - 4.30 ptg
7. Permohonan melalui pos hendaklah dihantar ke alamat berikut :
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BLOK E11, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA
(U/P: UPMPD - UNIT KECIL SIJIL)
Tel: 03 - 88843526 / 3528
Nota*
1. Calon yang tidak pernah mengambil sijil asal tidak dibenarkan membuat permohonan salinan keputusan peperiksaan.
2. Lembaga Peperiksaan tidak menyimpan sijil asal calon. Sijil asal boleh diperoleh daripada sekolah di mana calon menduduki peperiksaan atau di Unit Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri.
#(http://www.moe.gov.my/lp/index.php?option=com_content&view=category&id=1:terjemahan-sijil&layout=blog&Itemid=35)