Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Malaysian commando busted Somali pirates, in the Gulf of Aden

views
     
panglimanadzri
post Jan 21 2011, 09:42 PM

Getting Started
**
Junior Member
172 posts

Joined: Jan 2011


QUOTE(AKace @ Jan 21 2011, 03:34 PM)
Kapal BM 5 Tawan Lanun di Teluk Aden

user posted image

user posted image

user posted image

Kuala Lumpur 21 Jan: Markas Tentera Laut Diraja Malaysia hari ini mengesahkankan,Kapal BM 5 berjaya menyelamatkan kapal MT BUNGA LAUREL yang dirampas lanun di perairan Teluk Aden.
 
Dalam satu kenyataan akhbar,kejadian ini berlaku pada 21 Jan 2011.
 
Kapal MT BUNGA LAUREL adalah kapal jenis Chemical Tanker yang disewa oleh MISC bagi membawa muatan minyak pelincir dan ethylene dichloride dari Timur Tengah ke Singapura.
 
Kejadian berlaku pada 20 Jan 11 jam 11:40 malam, kira-kira 300 batu nautika Timur negara Oman, 2 jam selepas Kapal MT BUNGA LAUREL dipisahkan di kawasan ‘selamat’ setelah selesai diiringi Kapal Auxiliary TLDM BM 5 melalui perairan Teluk Aden.
 
Kapal MT BUNGA LAUREL telah dinaiki oleh 7 orang lanun yang berasal dari Somalia bersenjatakan senapang AK-47 dan pistol dengan menaiki bot jenis ‘skiff’. Dalam masa yang sama, pihak lanun dipercayai menggunakan sebuah kapal induk bagi melancarkan serangan ini yang secara keseluruhan melibatkan seramai 18 orang lanun.
 
Krew Kapal MT BUNGA LAUREL sempat mengaktifkan Ship Security Alert System sebelum berlindung di bilik keselamatan khas yang terletak berhampiran bilik jentera kapal.
 
Bertindak dari pangilan kecemasan ini, Kapal Auxiliary TLDM BM 5 yang berada kira-kira 14 batu nautika dari Kapal MT BUNGA LAUREL bergegas ke tempat kejadian untuk mengamankan keadaan.
 
Helikopter Fennec TLDM yang dilancarkan dari Kapal Auxiliary TLDM BM 5 turut terlibat di dalam operasi ini dengan memberi bantuan pemantauan dan tembakan dari udara.ke arah kapal induk lanun telah berjaya menghalangnya dari memberi bantuan kepada lanun di atas Kapal MT BUNGA LAUREL.

Kerosakan kapal induk dan kecederaan pada lanun yang berada di atasnya pada ketika ini tidak dapat dipastikan oleh sebab serangan dilakukan pada waktu malam.

Pasukan Perlindungan Khas ATM yang berada di atas Kapal Auxiliary TLDM BM 5 telah diatur gerakkan untuk menggempur lanun di atas Kapal MT BUNGA LAUREL.

Perlindungan Khas ATM berjaya menawan kembali dan menyelamatkan semua 23 orang krew Kapal MT BUNGA LAUREL. Seramai 3 orang lanun mengalami kecederaan di dalam kejadian ini dan diberi rawatan di atas Kapal Auxiliary TLDM BM 5.

Pasukan Perlindungan Khas ATM telah berjaya mengamankan keadaan di dalam masa 2 jam selepas Kapal MT BUNGA LAUREL dinaiki lanun tanpa melibatkan sebarang kecederaan di pihak Pasukan Perlindungan Khas ATM.

SOS
*
i'm proud to be malaysian. tabik springggggg to you all guysss..

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0130sec    0.38    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 3rd December 2025 - 05:47 PM