QUOTE(pakdamek @ Feb 24 2011, 11:06 AM)
PTPTN untuk pelajar dengan kelulusan sederhana.....MARA & JPA untuk student cemerlang.....kalau belajar malas & x pandai, jangan nak expect semua senang.
SInce you still do not understand English, I will write in Melayu.
Dulu ada pinjaman JPA dan pnjaman MARA la. (Aku adalah peminjam JPA).
Pinjaman JPA dan MARA adalah interest free. Maknanya pinjam RM25,000 untuk buat 1st degree, bayar balik RM25,000 (ini zaman 90an - awal 2000).
Takde kos perkhidmatan. Takde ujrah. Takde faedah. dan lain-lain.
Kalau cemerlang, pun sama macam PTPTN sekarang, sama ada dapat diskaun atau convert jadi biasiswa.
kenapa bila dwujudkan PTPTN (di mana bukannya swasta pun, tapi badan berkanun yang masih menggunakan peruntukan kerajaan) untuk mengambil alih urusan pinjaman pelajaran ke IPT, kenapa wujudkan caj perkidmatan?
Dulu-dulu masa MARA dan JPA pun diorang ada kaunter bayaran (JPA punya kat Putrajaya Aras 4 dengan Maju Junction, aku pernah pergi dua-dua).
Apa dulu staf JPA dan MARA yang duduk kaunter kutip hutang tu pun kerja free ke? Tak kan?
Tapi ada kata tak cukup dana ke apa kejadahnya? Ada cerita hutang tertunggak berbilion ringgit? Tak kan?
Pastu kalau lambat bayar pun, takde denda lewat atau interest naik (macam bank). Cuma tempoh bayaran balik jadi panjang la kalau tak cover alik yang miss payment tu.
AKu pun nak jujur kat sini yang aku pun miss payment 2-3 kli, tapi JPA kata aku ok pasal aku masih dikira konsisten).
Kalau memang tak nak bayar, memang la dapat surat dari Peguam Negara dan nama kena blacklist jugak. Ini tak boleh maaf la, pinjaman iterest free pun tak nak bayar.
Member aku adala dua tiga kerat kena, padahal bukannya tak kerja pun, jadi cikgu kat sekolah lagi. Last-las bila mohon nak buat master dalam education, JPA kantolkan dulu tak bayar loan, tau pulak malu.....
kebanyakan orang meman nak bayar balik PTPTN, cuma diorang tak nak bayar lebih hanya untuk interest sahaja.....