Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump Topic Topic Closed RSS Feed
21 Pages « < 17 18 19 20 21 >Bottom

Outline · [ Standard ] · Linear+

Local Clubs KELANTAN FOOTBALL THREAD, Friendly. Kel v T-team, Sabtu 10/12/2011

views
     
torreto
post Oct 26 2011, 06:41 PM

On my way
****
Senior Member
659 posts

Joined: Apr 2007
From: Russia with Love


COMFIRM Nurul Azwan Roya bersetuju untuk kekal dan telah menandatangani kontrak bersama TRW 2012 | Sumber : Tan Sri Anuar Musa
FaezFarhan
post Oct 27 2011, 01:53 AM

United till I die!
*******
Senior Member
3,435 posts

Joined: Oct 2008
From: Kota Bharu



Safiq Rahim, Amirulhadi, Indra Putra, Norfarhan, Azizi Mat Rose, Zairul Anuar...

Enam jahanam yg akan jahanamkan semua team dalam Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA, & AFC 2012! rclxm9.gif thumbup.gif flex.gif
TSgry
post Oct 27 2011, 02:44 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


QUOTE(FaezFarhan @ Oct 27 2011, 01:53 AM)
Safiq Rahim, Amirulhadi, Indra Putra, Norfarhan, Azizi Mat Rose, Zairul Anuar...

Enam jahanam yg akan jahanamkan semua team dalam Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA, & AFC 2012!  rclxm9.gif  thumbup.gif  flex.gif
*
Pada kawe la, kalau inih enam players hok kelate amik, kawe kurang bersetuju la. Bagi kawe, kawe hanya bersetuju dengan Farhan dan Safiq kerana Kelantan ada maslaah di wing kanan dan Safiq dapat jadi saingan untuk Piya di tengah. Hok lain tu bagi kawe tak sesuai pun
Ichighost
post Oct 27 2011, 02:55 AM

Casual
***
Junior Member
358 posts

Joined: Aug 2008
From: Oxpod



QUOTE(gry @ Oct 27 2011, 03:44 AM)
Pada kawe la, kalau inih enam players hok kelate amik, kawe kurang bersetuju la. Bagi kawe, kawe hanya bersetuju dengan Farhan dan Safiq kerana Kelantan ada maslaah di wing kanan dan Safiq dapat jadi saingan untuk Piya di tengah. Hok lain tu bagi kawe tak sesuai pun
*
amat setuju...Farhan dan Safiq...hok lain lebih rela ambik import dan promote bdk presiden...
torreto
post Oct 27 2011, 03:10 AM

On my way
****
Senior Member
659 posts

Joined: Apr 2007
From: Russia with Love


Indra Putra tu baik tak payah

This post has been edited by torreto: Oct 27 2011, 03:19 AM
ameenskywalker
post Oct 28 2011, 11:20 AM

Casual
***
Junior Member
343 posts

Joined: Mar 2005
From: This means more !



Tapi kalu nok main AFC lagi , Superleague, FA Cup semua serentak aku raso keno ado bench hok kuak. Kalu mampu ambik demo tuh, baik ambik.
TSgry
post Oct 30 2011, 08:41 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Kelate akan start training 1hb nie, enam player baru akan diumumkan dalam masa terdekat ni, manakala jocip bonacin telah dihantar pulang kerana gagal memikat hati butler. Kelate akan menguji pemain lebanon mohamad ghaddar dan bekas pemain antarabangsa sepanyol sergio gonzales yang kini bermain dgn levante.
SecrET_of_RainBOw
post Nov 8 2011, 12:16 PM

Getting Started
**
Junior Member
201 posts

Joined: Mar 2009
From: lawl

indra farhan azizi mari pulok...mesti butler nak guna diorang....
hazardcradle
post Nov 8 2011, 03:11 PM

Getting Started
**
Junior Member
77 posts

Joined: Mar 2008
From: Sesame Street



TRW 2012 (Rasmi)
1.mat cah
2.azizi bunga ros
3.subra
4.emmanuel Okine
5.shahrulazim
6.ise (Farisham)
7.ramzul
8.shakir
9.matyo
10.norfarhan
11.aziz
12.roya
13.indra
14.zamri
15.daudsu
16.piya
17.rizal
18.antwi
19.apex (KFCM)
20.syazwan
21.reserved utk pemain div 1 eropah
22.ghaddar (Kontrak 2 Tahun)
23.chanturu
24.roypi
25.azlan
26.iwe (Izuzn Salahuddin)
27.khairulazwan
28.aris zaidi
syazwan
post Nov 8 2011, 03:44 PM

Casual
***
Junior Member
448 posts

Joined: Nov 2004


dahtu kelate nak amik 4 pemain import ke?

MSL boleh pakai 2 je.

rugi lah bayar sorang lebih semata2 utk AFC..gaji bulan2 import paling koman 30k
aressandro10
post Nov 9 2011, 07:34 AM

Getting Started
**
Junior Member
121 posts

Joined: Jan 2010
QUOTE(hazardcradle @ Nov 8 2011, 03:11 PM)
TRW 2012 (Rasmi)
1.mat cah
2.azizi bunga ros
3.subra
4.emmanuel Okine
5.shahrulazim
6.ise (Farisham)
7.ramzul
8.shakir
9.matyo
10.norfarhan
11.aziz
12.roya
13.indra
14.zamri
15.daudsu
16.piya
17.rizal
18.antwi
19.apex (KFCM)
20.syazwan
21.reserved utk pemain div 1 eropah
22.ghaddar (Kontrak 2 Tahun)
23.chanturu
24.roypi
25.azlan
26.iwe (Izuzn Salahuddin)
27.khairulazwan
28.aris zaidi
*
player2 penting season lepas dah jadi reserve je sekang ni... campur dgn 2 abdul dan pemain import...... gheddar tu bagus tu.... memang skill main untuk lubnan ari tu.... gaji pon aku rasa tak mahal sgt sebab cost of living lubnan lag rendah pada kita...
ameenskywalker
post Nov 9 2011, 02:24 PM

Casual
***
Junior Member
343 posts

Joined: Mar 2005
From: This means more !



Kelate lawan Maldives 18th November ni pakak gi ko blako ?
hazardcradle
post Nov 9 2011, 02:49 PM

Getting Started
**
Junior Member
77 posts

Joined: Mar 2008
From: Sesame Street



QUOTE(ameenskywalker @ Nov 9 2011, 02:24 PM)
Kelate lawan Maldives 18th November ni pakak gi ko blako ?
*
kawe insyaAllah gi rclxms.gif
TSgry
post Nov 10 2011, 05:45 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Semalam ada friendly Kelantan vs Skuad Piala Emas Raja Raja dan TRW menang mudah 4-0. Yang cukup menyedihkan, dua pemain import Ghana yang teleh kita saing cukup mengecewakan doh.gif rclxub.gif.. Macamana dengan hanya dua trial, kita telah membuat keputusan untuk sign dan lebih menyedihkan kontrak offer adalah 3 thn. Tak tahu la atas kriteria apa mereka terpilih. Permainan sama dengan pemain tempatan, tiada yang special langsung..


DrBlueBox
post Nov 10 2011, 05:48 PM

Enthusiast
*****
Senior Member
789 posts

Joined: Sep 2011


QUOTE(gry @ Nov 10 2011, 05:45 PM)
Semalam ada friendly Kelantan vs Skuad Piala Emas Raja Raja dan TRW menang mudah 4-0. Yang cukup menyedihkan, dua pemain import Ghana yang teleh kita saing cukup mengecewakan doh.gif  rclxub.gif.. Macamana dengan hanya dua trial, kita telah membuat keputusan untuk sign dan lebih menyedihkan kontrak offer adalah 3 thn. Tak tahu la atas kriteria apa mereka terpilih. Permainan sama dengan pemain tempatan, tiada yang special langsung..
*

5 minit kawe pikir gapo la demo royak. Pahtu baru seda, sign...

hazardcradle
post Nov 13 2011, 12:00 AM

Getting Started
**
Junior Member
77 posts

Joined: Mar 2008
From: Sesame Street



guano kiro sek kito? bunyi kaba nok wat masuk player everton sebagai import jersi no 21?
TSgry
post Nov 16 2011, 01:31 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


REVIEW KELANTAN 2012

Selepas terkandas di peringkat suku akhir Piala Malaysia 2011, Kelantan bertindak pantas membentuk skuad untuk musim 2012. Selepas begitu berjaya di peringkat domestik pada tahun 2011 dengan menjuarai Piala Sumbangsih dan Liga Super selain dinafikan pada saat akhir di final Piala FA, Kelantan kini menumpukan perhatian kepada kejuaraan AFC Cup yang bakal dihadapi pada musim depan.Berikut adalah review pasukan The Reds Warriors pada tahun 2012.

Jurulatih : Peter James Butler

Kehadiran kembali bekas pengendali Kelantan pada musim 2009 diibaratkan satu kejutan kepada para peminat setia Kelantan memandangkan Butler meninggalkan pasukan ketika saingan Piala Malaysia hampir bermula. Namun tidak dapat dinafikan, skuad Kelantan pada tahun 2010 dan 2011 adalah acuan asal daripada Butler sendiri. Mengemudi Kelantan ke final Piala FA 2009 buat kali pertama jelas membuktikan keupayaan jurulatih ini biarpun ketika itu barisan pemain yang ada hanyalah barisan biasa bukannya berstatus bintang. Amat menggemari formasi 4-3-3, Butler diyakini mampu menghadirkan permainan yang menghiburkan kepada para peminat Kelantan dan peminat amat yakin dengan keupayaan yang dimiliki Butler.

Pemain Baru:

1)Trio 3 Abdul (Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Mohamad dan Azizi Mat Rose)

Selepas mengambil keputusan meninggalkan pasukan pada musim lepas sehingga mencetus kemarahan pihak pengurusan KAFA dan para peminat setia, mereka bertiga kembali dalam skuad Kelantan pada musim hadapan. Tindakan KAFA cukup mengejutkan kerana pada musim lepas, mereka dilihat berpatah arang berkerat rotan dengan tiga pemain ini sehingga membawa kes mereka untuk dinilai oleh Jawatankuasa status FAM. Kehadiran mereka ini sememangnya menimbulkan banyak polemik dan tanda tanya dikalangan peminat. Ada yang bersetuju namun ramai yang seakan kurang setuju dengan tindakan KAFA ini. Apa tidaknya, selepas begitu disayangi oleh para peminat, mereka meninggalkan pasukan dalam keadaan yang kurang professional dan menjejaskan persiapan pasukan pada musim lepas. Mujurlah pemergiaan mereka memberi rahmat kepada pasukan apabila beberapa pemain seperti Nurul Azuan Roya, Izuan Solahuddin muncul dan mempamerkan prestasi yangbaik dan menyebabkan pemergiaan mereka seakan tidak dirasai oleh pasukan. Namun sesuatu yang tidak boleh disangkal, kehadiran mereka bertiga akan memberi sedikit kelebihan kepada pasukan kerana mereka sudah biasa dengan pasukan dan tidak akan menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri ke dalam pasukan. Selain itu juga, Kelantan kini memiliki banyak pilihan yang mungkin bersedia diturunkan bila bila masa sekiranya berlaku penggantungan atau pun kecederaan kepada pemain pemain utama.

2) Azlan Ismail

Kehadiran Azlan Ismail ke pangkuan pasukan asal juga menimbulkan tanda tanya kerana peminat setia sudah masak dan mengenali karekter sebenar pemain ini. Selain masalah “Injury Prone”, beliau amat terkenal dengan masalah disiplinnya. Biarpun mencipta nama di Perlis dan pernah dianggap oleh Philimon Chipeta sebagai antara pemain tempatan terbaik pernah beliau bermain bersama, namun masalah disiplinnya menyebabkan beliau dibuang daripada skuad Perlis sebelum berhijrah ke Terengganu dan sekali lagi dibuang biarpun kontrak masih berbaki. Berkelana di Kedah selama dua tahun namun lebih banyak berada di luar padang akibat masalah kecederaan, kini KAFA memanggil kembali Azlan ke Kelantan. Satu risiko besar yang diambil oleh pihak pengurusan. Namun tidak dapat dinafikan, beliau adalah seorang pemain yang baik. Memiliki kepantasan, sepakan deras tandukan yang baik dan bijak menghidu peluang. Di awal kemunculannya sewaktu Kelantan bermain dalam Liga FAM dulu, beliau antara bintang muda yang cukup menyinar. Menjadi penjaring terbanyak Kelantan ketika itu dan pernah dilabel Hashim Mustapha yang baru. Diharap, peluang kedua yang diberi oleh pihak pengurusan dapat dibayar dengan sesuatu yang bermakna daripada pemain ini.

3) Pemain Import (Emmanuel Okine, Denny Antwi dan Mohamad Ghaddar)

Peminat masih tertanya tanya apa rasional KAFA terus menandatangi dua pemain import dari Ghana iaitu Denny Antwi yang beraksi selaku penyerang dan Emmanuel Okine, pemain tengah bertahan biarpun hanya tiga kali sesi pemilihan diadakan. Apa yang cukup memeranjatkan, dalam ketiga tiga “trial” ini, kelibat mereka berdua langsung tidak menyerlah dan dilihat hampir setaraf dengan pemain tempatan. Mungkin agak terlalu awal untuk memberi komen tentang keupayaan mereka berdua namun hakikatnya kita memerlukan pemain import yang benar-benar berkualiti untuk menghadapi saingan liga yang lebih mencabar musim depan dan yang lebih penting cabaran Piala AFC. Lebih mengejutkan, mereka ditawarkan kontrak tiga tahun. Satu perjudian yang cukup besar di ambil. Ketika pasukan lain dilihat masih dalam proses mencuba pemain import, kita terus membuat keputusan drastik biarpun calon yang diuji hanya baru mencecah lima orang. Apa yang kita harapkan kini hanyalah pemain ini dapat memadamkan keraguan di hati peminat tentang keupayaan dan membuktikan KAFA membuat tindakan tepat memilih mereka selaku pemain import.
Pemilihan Mohamad Ghaddar pula lebih bersandarkan kepada reputasi besar beliau semata mata iaitu penyerang utama pasukan Lebanon yang kini bermain di kelayakan Piala Dunia tanpa sebarang trial dilakukan oleh KAFA. Tidak dapat dinafikan, berdasarkan resume, beliau dianggap cukup baik namun itu hanya di atas kertas. Beliau perlu cepat untuk memikat hati para peminat tempatan kerana harus di ingat, peminat Kelantan mempunyai harapan yang cukup tinggi kepada beliau berdasarkan reputasi yang dimilikinya. Apapun, keupayaan KAFA untuk memancing pemain ini cukup mengejutkan dan jelas menunjukkan betapa seriusnya KAFA dalam menyediakan pasukan untuk menghadapi saingan musim depan.
Secara kesimpulannya, tiada sesuatu yang boleh dianggap mengujakan dengan pemilihan pemain-pemain baru Kelantan untuk musim depan kecuali Mohamad Ghaddar. Selain recycle pemain lama yang berhijrah, boleh dikatakan tiada kejutan dalam senarai pemain yang menyertai pasukan untuk musim baru ini. Cuma khabar angin yang bertiup kencang tentang kehadiran pemain import keempat yang pernah bermain di Liga Sepanyol, Liga Perdana Inggeris yang bakal menyarung jersi The Reds Warriors memberi sedikit rasa teruja peminat setelah dihampakan dengan khabar angin yang menyatakan Safiq Rahim,Amirul Hadi,Baddrol Bakhtiar akan ke Kelantan pada musim depan sebaliknya memilih untuk kekal dalam pasukan masing-masing. Apapun, masih ada hampir dua bulan sebelum tirai Liga Malaysia akan membuka tirai dengan pertemuan sulung Piala Sumbangsih antara Juara Liga Super 2011, Kelantan berdepan Juara Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan. Masa yang cukup panjang buat ketua Jurulatih Peter James Butler untuk menilai kemampuan anak-anak buahnya sebelum musim baru bermula. Selamat Maju Jaya buat The Reds Warriors.

P/S: Penulis tidak memiliki sebarang sijil atau lesen professional dalam membuat ulasan ini. Semua yang ditulis adalah berdasarkan pengamatan dan minat penulis kepada Bolasepak Malaysia Amnya dan Bolasepak Kelantan khususnya. Sebarang ulasan atau rumusan yang diberikan diharap tidak menyinggung mana-mana pihak.

This post has been edited by gry: Nov 16 2011, 01:33 AM
ameenskywalker
post Nov 16 2011, 05:17 PM

Casual
***
Junior Member
343 posts

Joined: Mar 2005
From: This means more !



Raso patut mentioned jugok yang kita menang Piala Emas lagi...


Added on November 21, 2011, 2:13 amGhuano pendapat bila tengok lawan Maldives ari tuh ?

This post has been edited by ameenskywalker: Nov 21 2011, 02:13 AM
waruna
post Nov 23 2011, 11:28 PM

On my way
****
Junior Member
543 posts

Joined: Mar 2005
From: Cyberjaya | Kota Bharu | Republic of Terengganu



Takde update tentang perlawanan friendly harini? Dengar commentator TV1 cakap tadi ada friendly lawan singapore? berapa keputusan ek?
SecrET_of_RainBOw
post Nov 23 2011, 11:53 PM

Getting Started
**
Junior Member
201 posts

Joined: Mar 2009
From: lawl

QUOTE(waruna @ Nov 23 2011, 11:28 PM)
Takde update tentang perlawanan friendly harini? Dengar commentator TV1 cakap tadi ada friendly lawan singapore? berapa keputusan ek?
*
kelantan win against club from sinjapore 3-0

21 Pages « < 17 18 19 20 21 >Top
Topic ClosedOptions
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0208sec    0.98    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 16th December 2025 - 05:22 PM