Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Stem Cell

views
     
abd.wahab
post May 20 2011, 12:03 AM

New Member
*
Newbie
3 posts

Joined: May 2011
I've recently wrote this for another forum. Sorry but its in Bahasa Malaysia. Will try my best to translate it in the next post.

* This is just for informational use only. No marketing intended. Medical advances like these, are still new but explainable if you truly understand the importance of them.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di sini saya ingin menerangkan sedikit sebanyak mengenai Stem Cell/Sel Induk


Stem Cell atau Sel Induk merupakan sel-sel yang terdapat didalam tubuh badan manusia yang mempunyai keupayaan untuk berkembang atau berpecah secara berterusan, selalunya sepanjang hayat manusia.

Sel tersebut adalah sel utama yang akan bertukar kedalam sel-sel yang membentuk otak, saraf, otot dan selainnya.

Selalunya apa yang selalu di war-warkan adalah Stem Cell Darah Tali Pusat iaitu Stem Cell Hematopoietic atau Lebih Dikenali dengan nama CordBlood atau HSCs. CordBlood atau HSCs ini dapat merubahbentuk kedalam sel-sel komponen darah seperti Sel Darah Merah, Sel Darah Putih, Platlet dan sebagainya yang berkenaan dengan darah. Ia selalunya digunakan untuk mengubati penyakit yang juga berkaitan dengan darah seperti Leukemia, Lymphoma, Thalassemia dan sebagainya.

Akan tetapi kemajuan kajian stem cell ini telah menghasilkan sejenis stem cell lagi yang amat berbeza dari CordBlood atau HSCs, iaitu Stem Cell Mesenchymal yang boleh didapati dari Wharton’s Jelly yang terdapat di dalam tali pusat. Stem Cell Mesenchymal atau MSCs mempunya kebaikan tersendiri. MSCs adalah sel yang mempunyai potensi untuk menjadi sel-sel lain yang mungkin tidak boleh diperolehi dari HSCs. MSCs dapat bertukar kedalam sel-sel yang dapat merubahbentuk kedalam organ seperti jantung, saraf, kornea, lemak tulang dan lain-lain.

Selalunya ibubapa yang sedang menunggu kelahiran bayi mereka akan berjumpa dengan pihak Perbankan Stem Cell bagi mengetahui apakan procedure yang akan dilakukan bagi mengekstrak dan menyimpan stem cell tersebut. Malaysia mempunyai 4 Bank Utama untuk menyimpan sel darah tai pusat. Ibu/bapa yang ingin mengambil tahu tentang proses tersebut bolehlah membuat kajian terlebih dahulu, bandingkan keempat-empat bank tersebut dan nilaikan dari segi :

a)
Keselamatan (Bagaimana dan Dimana Mereka Menyimpan Darah Tali Pusat)

b)
Lokasi-Lokasi Mereka (Sama ada mereka beroperasi di Hospital Bersalin)

c)
Pengesyoran Doktor Sakit Puan (Jangan Segan Silu untuk bertanyakan tentang perbankan stem cell kepada doctor yang bertanggungjawab atas si ibu.

d)
Kaedah Penyimpanan (Sama ada menggunakan beg anti-nyahbeku atau tiub(vial) anti-nyahbeku, beg anti-nyahbeku hanya boleh digunakan sekali sahaja, tetapi tiub(vial) anti-nyahbeku boleh dibahagikan kepada 5 atau lebih tiub dan boleh digunakan mengikut jumlah tiub yang disimpan)

e)
Buat Ujian darah ibu/bapa bagi mengetahu sama ada sesuai untuk menyimpan stem cell. (Bebas daripada Hepatitis, AIDS dan sebagainya)

f)
Jaminan atau Insuran yang disediakan pihak Bank Stem Cell. (Jaminan Transportasi/Jaminan Kontaminasi/JaminanPenyimpanan/Jaminan Transplantasi dan sebagainya)

g)
Kos Pendaftaran/Kos Simpanan dan lain lain kos. (Kos selalunya tidah begitu mahal.Selalunya kos pendaftaran lebih kurang RM2000, kos simpanan lebih kurang RM250, anda juga boleh membayar secara pukal bagi 20 tahun sekaligus.)

h)
Keberkesanan di dalam Malaysia. (Tidak semestinya Syarikat antarabangsa adalah baik untuk anda)

i)
Pastikan Bank Stem Cell tersebut tidak menyimpan darah yang telah rosak atau berkontaminasi.

j)
Sekiranya ada Expo/Pameran berkenaan kehamilan, kumpulkan risalah-risalah, dan informasi sebanyak mungkin sebelum membuat keputusan.

k)
Simpanan Sel Darah Tali Pusat Secara Peribadi hanya boleh dilakukan menerusi Hospital/Klink Swasta.

Saya harap saya dapat membantu sedikit sebanyak bagi panduan anda semua.

Sekian Terima Kasih

Oh, sebelum saya terlupa hukum penyimpanan tali pusat adalah HARUS mengikut Majlis Fatwa Jabatan Agama Islam Malaysia.

Wassalam.

This post has been edited by abd.wahab: May 20 2011, 12:05 AM

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0176sec    0.53    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 5th December 2025 - 07:59 PM