Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Maghribian girls for RM14k, LETS GET MERRID

views
     
jj_glimpsedream
post Dec 12 2010, 09:13 PM

Getting Started
**
Junior Member
252 posts

Joined: Sep 2010


QUOTE(Band Aid @ Dec 12 2010, 04:01 PM)


KUALA LUMPUR: Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000.

Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.
Selain sama agama dan berwajah jelita, wanita dari benua Afrika Utara itu dikatakan berkulit gebu, subur, belum ‘tercemar’ dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya.

‘Trend’ yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi lepasan kolej, malah sudah mempunyai seorang anak.
Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34, berkata sehingga hari ini sekurang-kurangnya lapan lelaki di negara ini mengikut jejak langkahnya dan ia menjadi kenyataan di atas khidmat secara percuma diberikannya.
“Segala-galanya bermula apabila saya meletakkan paparan tawaran e-books mengenai bagaimana untuk melancong ke Maghribi dengan kos rendah di beberapa laman web forum dan pada masa sama saya turut memberitahu bahawa saya mempunyai isteri warga negara itu.

“Daripada paparan itu, ramai bertanya bagaimana saya bertemu jodoh dengan gadis Maghribi. Lalu, saya menceritakan pengalaman saya dan berkongsi maklumat pelbagai keistimewaan gadis Maghribi dari kawasan pinggir bandar.

“Malah berdasarkan pengalaman, kos untuk mengahwini mereka tidak semahal mana kerana mata wang kita lebih besar daripada mata wang mereka, Moroccan Dirham,” katanya.

Mohd Fairudz yang mempunyai pengalaman menetap di Maghribi kira-kira dua tahun mendedahkan, gadis dari kawasan dikenali dengan nama Agadiran Saf itu sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.

“Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada kulit.

“Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, gadis berkenaan juga belum ‘tercemar’ kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat.

“Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar ‘berdating’ kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka.

“Tak perlu ‘dating’ kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami,” katanya.

Golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana.

Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan daripada suami seperti wang yang banyak, emas atau permata.

Mohd Fairudz berkata, pengalaman dicurahkannya mendapat reaksi luar biasa dengan ramai memberi reaksi mengadu berdepan pelbagai kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana pelbagai sebab, antaranya perbelanjaan kahwin semakin mahal, sukar mencari cinta sejati dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah sebelum berkahwin.

“Memikirkan apa salahnya berbuat perkara baik dan pada masa sama isteri saya mahu mendapatkan ramai teman sebangsa di negara ini, saya beri panduan dan menolong memperkenalkan gadis Maghribi yang membabitkan saudara mara dan rakan isteri saya.

“Ada yang ‘sangkut’ sehingga bergelar suami isteri,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, masalah bahasa dan makanan mungkin menjadi sedikit masalah, tetapi gadis Maghribi cepat menyesuaikan diri dan belajar.

“Sebagai contoh, isteri saya menggunakan bahasa Arab, namun selepas beberapa bulan di Malaysia dia semakin lancar berbahasa Inggeris dan semakin memahami bahasa Melayu.

“Begitu juga soal makanan, kalau dah jadi suami isteri, pandailah masing-masing menyesuaikan diri,” katanya.

Mohd Fairudz turut memberitahu, risiko isteri menimbulkan masalah selepas berkahwin juga rendah kerana mereka berada jauh daripada keluarga.

“Sebelum ini mungkin kita biasa mendengar, orang kita kahwin dengan wanita Indonesia atau Thailand.

“Kerana Malaysia dengan negara berkenaan tidak berapa jauh, timbul masalah seperti keluarga selalu datang.

“Itu belum lagi ahli keluarganya yang minta pinjam duit atau menumpang di rumah kita sebab tiada kerja sehingga menimbulkan masalah.

“Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini dan keluarga berada jauh beribu kilometer. Susah untuk mereka buat hal, melainkan kita yang buat hal,” katanya.

hmetroll sauce
*
What the???
Reminds me of the emperors in the old times...
jj_glimpsedream
post Dec 12 2010, 09:21 PM

Getting Started
**
Junior Member
252 posts

Joined: Sep 2010


QUOTE(HangPC2 @ Dec 12 2010, 09:16 PM)
» Click to show Spoiler - click again to hide... «

UPDATE : UNTUK DAPAT INFO LENGKAP, BOLEHLAH MEMBELI EBOOK KAHWIN JIMAT
RM 100

Maybank

Hanane Rida

162021449106
Kemudian email pada : ym_class@yahoo.com
GAMBAR DI BAWAH KETIKA RAKAMAN BERITA TV9 PADA MAC 2007
(SAYA DAN WIFE DITEMURAMAH KERANA PERKAHWINAN 2 BUDAYA)
user posted image
* Servis ini adalah percuma

Sebab saya buka tawaran ini :

1. Saya nak dapatkan ramai Moroccan friends untuk wife saya di Malaysia

2. Ramai mengadu masalah nak kahwin dengan orang Malaysia pada saya

Saya nak buat poll dulu...

Untuk pengetahuan anda, saya kahwin dengan gadis biasa Morocco, dari bandar, tapi.....

yang saya nak beri panduan ini ialah, kahwin dgn gadis luar bandar yang jelita dan baik

Saya dapat idea ini selepas adik ipar saya kahwin tahun lepas (dia kahwin dengan gadis luar bandar) Isteri dia memang cantik dan sopan santun, tidak seperti gadis moden.
TYPE A : berpurdah dan jaga amalan sunnah (yang ini ramai org Malaysia tak lepas, sebab akan di interview amalan, cotohnya pada yang hafizah, kalau dia hiad, kita kena bacakan 3 juz pada dia setiap malam untuk dia kekalkan al quran, jaga solat jemaah dan solat tahajjud pun dia akan kejut kita.

TYPE B : bertudung biasa, biasa gadis kolej
TYPE C : tidak bertudung, but akan bertudung lepas kahwin
TYPE D : anak dara tua dan janda
Wajah-wajah cantik dah biasa bagi org Morocco sebab :
1. di Malaysia : 10 yang lalu depan kita, 2 orang cantik

2. di Morocco : 10 yg lalu depan kita, 8 orang cantik

Saya teringat masa saya di India Utara 1999 dulu, awek yang minta sedekah tu mata biru dan wajah jelita..kalau datag Msia sure jadi model

So sama keadaannya dengan Morocco
MASALAH DI MALAYSIA
Masalah yang saya nampak ialah, belanja yang mahal untuk kahwin di Malaysia dan selepas kahwin dan[cool.gif....susah nak pilih yg lawa (sbb yang lawa biasanya demand tinggi)

Dan, [b]budaya kampung sebenar dah makin hilang di Malaysia


Kalau dapat kahwin yang lawa pun di Malaysia, kebanyakkannya ada budaya nak tunjuk status

Oleh itu,dari segi kos sara hidup dengan keadaan macam ini akan menyusahkan pihak suami

Tetapi di Morocco berbeza, sebab kebanyakkan dari mereka ialah orang biasa yang tidak berada, sudah biasa dengan kos sara hidup yang tidak tinggi

jika mereka datang Malaysia dan tinggal dengan kita, dah kira satu perkara besar dalam hidup mereka, dan tidak banyak demand

kalau hendak tengok bentuk wajah mereka ini, saya tunjukkan bagaimana bentuk wajah yang banyak saya lihat di sana

(tapi jgn pulak tgk video diorang yang moden-moden dan sosial kat youtube itu, memang dah macam european ha ha, nanti tambah dosa pulak)

Oleh itu, anda boleh datang ke sini untuk melancong dan bawa balik isteri ke Msia, boleh kahwin di Malaysia or kahwin di sana juga
Cuba lihat belanja yang menarik :
Tambang return ticket untuk anda RM 2100

Tambang isteri one way RM 2500

Passport isteri + paperwork RM 400

Bus ke destinasi tempat honeymoon Marrakech return RM 600

Belanja kahwin A to Z RM 5100 atau RM 7500 (tengok keadaan family yang tetapkan harga)

Tempat tinggal dan makan anda 2 minggu ke 1 bulan RM 900

Total RM 11600 atau RM 14000 anda bawa sendiri semua duit

Bulan May ini 4 orang warga Cari Gold dan 2 orang dari Msia hendak honeymoon di Morocco...bagus kalau ada juga yang datang dan kahwin sini ha ha

So itu info secara ringkas..
Syarat untuk nak bermula dgn tukar gambar ialah :
anda sudah sedia ada RM 14,000

ibu ayah or keluarga dah setuju untuk kahwin dengan org luar ( tunjukkan site di siggy saya dan thread ini semasa beritahu mereka, sebab ramai salah anggap dengan kahwin indonesia yang bermasalah)

income anda jika di kampung ialah RM 1700 sebulan selepas support family jika ada

RM 2000 jika luar bandar dan RM 3000 jika dalam bandar

selepas bertukar gambar, jika berminat, boleh webcam chat dan terus bersedia datang dalam 40 hari

boleh juga nak datang dulu, then buat proses di morocco selama 30 ke 40 hari

sila beri alamat di ic anda, no tel tempat kerja jika ada, no tel rumah family

gambar anda dan gambar family jika ada

** pastikan dulu apa maksud nak dtg

saya syor better buat pilihan bertukar gambar dan webcam chat dari malaysia, kira cara kedua, pilih sebelum dtg

sebab kalau cara dtg dulu, kalau anda minat dgn gadis, kena tunggu 30 hari di Morocco
sebab proses nak buat ic baru dan passport si gadis[/b]
Sources : http://flyingspaghettimonster.com/

*
Thank god Malaysian girls never choose u....

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0130sec    0.46    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 8th December 2025 - 09:26 AM