Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump Topic Topic Closed RSS Feed

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Panas ! Awie mahu saman presiden pekida ..., huh..

views
     
TSTiffa96
post Dec 8 2010, 02:56 PM, updated 14y ago

New Member
*
Newbie
10 posts

Joined: Aug 2010


Panas ! Awie mahu saman presiden pekida ...


Mahu saman

KUALA LUMPUR: “Saya sumpah dengan nama Allah tidak pernah melakukan perbuatan itu. Saya tidak pernah buat perkara dianggap paling ***** iaitu hendak menganiaya bangsa saya sendiri,” kata pelakon dan penyanyi, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie, 41.

Dia berkata, sejak berita mengenainya tersiar di Metro Ahad 14 Disember lalu, telefon bimbitnya seolah-olah di bursa saham dengan panggilan bertalu-talu.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan Jamaluddin Yusof (Presiden Pertubuhan Dakwah dan Islamiah Malaysia (Pekida) itu menyebabkan pemikirannya terganggu.

“Oleh itu, hari ini (semalam), buat pertama kali dalam sejarah hidup, saya sudah mengarahkan peguam saya mengambil tindakan undang-undang di mahkamah sivil terhadap Jamaluddin,” katanya yang juga ahli Pekida berstatus ‘Ayahanda’ yang berdaftar pada 2005.

Awie meluahkan rasa hati dipendamnya itu pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara di sini, semalam.

Turut hadir, bekas pemimpin kanan Pekida Pusat bertaraf ‘Ayahanda’, Datuk Seri S Jaafar, Datuk Paduka Ab Malek Ranting dan Datuk Seri Dr Paiman Shakimon.

Beberapa teman rapat, termasuk pelakon Hans Issac, Afdlin Shauki dan pengarah filem, Mamat Khalid serta anggota Kumpulan Wings hadir bagi memberikan sokongan kepada penyanyi itu.

Metro Ahad 14 Disember lalu melaporkan mengenai Pekida yang bakal melaksanakan program pemutihan terhadap lebih 15,000 ahli songsang, termasuk pemimpin berpangkat ‘Abang Long’ dan ‘Ayahanda’ yang dikenal pasti terpesong daripada matlamat serta perjuangan asal pertubuhan itu.

Kenyataan itu menyebut pemutihan secara berperingkat dalam tempoh terdekat turut membabitkan Awie yang dikatakan menyimpang daripada asas perjuangan Pekida.

Laporan itu memetik kenyataan Jamaludin bahawa program pemutihan itu bertujuan membersihkan Pekida daripada ahli yang terbabit kegiatan negatif membabitkan lebih 15,000 ahli itu, dengan sebahagian besarnya di Selangor dan Kuala Lumpur.

Jamaluddin berkata, pemutihan itu bukan bermaksud terus membuang ahli songsang, tetapi cuba memulihkan mereka terlebih dulu dan jika tidak berjaya, keahlian mereka dilucutkan.

Beliau turut mendakwa antara ahli yang menyimpang ialah Awie yang bergerak sebagai ahli seumur hidup Pekida serta mempunyai kumpulannya sendiri.

Awie juga dituduh mengambil RM3,600 terhadap ahli yang mahu melakukan sumpah selain didakwa sebagai seorang ketua gengster.

Walaupun berang dengan tohmahan itu, Awie yang berpakaian kot kuning cerah, berkata dia sedia dipecat bila-bila masa jika dilakukan mengikut peraturan ditetapkan.

“Saya boleh meletakkan kad keahlian bila-bila masa, tetapi perlu dilakukan mengikut peraturan, termasuk memberikan ruang kepada saya menjawab surat tunjuk sebab yang perlu dikemukakan pengurusan Pekida.

“Malah, jika apa yang didakwa itu ada asasnya, saya bersedia meletakkan jawatan sebagai ahli Pekida,” katanya.

Tanpa berselindung, Awie berkata, sikapnya yang gemar berdiam diri menimbulkan pelbagai tuduhan terhadapnya.

“Keadaan itu sudah menjadi sejarah hari ini (semalam),” katanya merujuk kepada sidang media berkenaan.

Menceritakan latar belakangnya dengan penuh emosi, kata Awie, dia dibesarkan dalam keluarga beragama, malah ibu dan bapanya juga sudah menunaikan haji dan banyak mengajarnya menjadi insan berguna.

“Perjalanan dan pengalaman dilalui sepanjang hayat dalam industri seni dilalui dengan sebaik-baiknya. Janganlah membanding sikap dan diri saya dengan malaikat dan Rasul.

“Saya insan biasa dan tidak mahu dilabelkan sebagai hipokrit. Saya hanya membawa diri sebagai penyanyi dan pelakon dan dianugerahkan apa saja, saya tetap begini,” katanya sekali-sekali menyelitkan unsur sinis terhadap pihak yang memfitnahnya.

Awie turut menjelaskan ada ketikanya, dia terfikir kemungkinan dianggap sebagai bahan atau benda yang tidak berakal, tidak berperasaan dan boleh diperkotak-katikkan.

“Kita perlu saling hormat menghormati, saya bukan ulama dan pendeta yang bijak berkata-kata. Saya bukan ***** sangat, tetapi saya seorang insan yang dianugerah Allah akal dan suara untuk berfikir dan berkata-kata,” katanya.

Awie seterusnya berkata, isu itu benar-benar mengganggu kehidupan hariannya, terutama dalam beberapa kerjaya yang sedang dilakukan.

Katanya, dia memperoleh pendapatan dengan menyanyi serta berlakon, bukannya merompak atau sanggup mengambil duit orang dengan sewenang-wenangnya.

“Saya ada lima perut yang perlu saya tanggung dan saya suap di rumah, nak makan apa jika masyarakat termakan dengan fitnah ini,” katanya yang mengakui saman yang akan dibuat untuk membersihkan namanya yang tercemar.



Ikuti sebahagian soal jawab Awie dengan wakil media:

WARTAWAN: Bilakah saman fitnah terhadap Jamaluddin ini akan difailkan di mahkamah sivil?

AWIE: Saya sudah mengarahkan peguam bertindak dan mengambil tindakan dalam tempoh terdekat.

WARTAWAN: Adakah laporan polis ada dibuat berkaitan isu itu?

AWIE: Ada, saya membuat laporan polis pada hari berita itu disiarkan dalam Metro Ahad pada 14 Disember lalu di Kota Bharu, Kelantan.

WARTAWAN: Adakah Awie akan meletakkan jawatan sebagai ahli Pekida?

AWIE: Saya tidak ada masalah untuk meletakkan jawatan dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Bagaimanapun, prosedur perlu dilakukan, termasuk memberikan saya surat tunjuk, supaya saya boleh jawab. Jika ada ada asas saya boleh meletakkan kad keahlian saya.

WARTAWAN: Kemungkinan ada pihak lain yang mungkin disaman?

AWIE: Buat masa ini, saya lebih melihat dan memberikan tumpuan kepada menyaman Jamaluddin yang membuat fitnah terhadap saya.
whistling.gif
SUSsoundsyst64
post Dec 8 2010, 02:58 PM

I'm No-Longer-Noobs
*******
Senior Member
3,725 posts

Joined: Jul 2005
From: In /hardware/

Pekida memang persatuan samseng. My friend (whom confront pekida member) told me whistling.gif
TSTiffa96
post Dec 8 2010, 02:58 PM

New Member
*
Newbie
10 posts

Joined: Aug 2010


ape beza pekida dgn kongsi gelap?? sama ke?
SUSblackorange
post Dec 8 2010, 02:59 PM

Getting Started
**
Junior Member
186 posts

Joined: Jan 2003
From: klang



haaa gaduh2... kalau boleh tarik PERKASA sekali join.
skystrike
post Dec 8 2010, 02:59 PM

back to normal
******
Senior Member
1,270 posts

Joined: Jul 2008
From: behind you...


awie tu kan abang long...
zerorating
post Dec 8 2010, 03:00 PM

Miskin Adab
*****
Senior Member
882 posts

Joined: Aug 2007
From: Lokap Polis


hidup islam
SUSsoundsyst64
post Dec 8 2010, 03:01 PM

I'm No-Longer-Noobs
*******
Senior Member
3,725 posts

Joined: Jul 2005
From: In /hardware/

QUOTE(Tiffa96 @ Dec 8 2010, 02:58 PM)
pekida = kongsi gelap
*
firedauz
post Dec 8 2010, 03:02 PM

Kopitiam Official Astronaut
*****
Senior Member
876 posts

Joined: Jan 2003
From: Tokyo, London, Singapore, KL, Space



awie gonna get rich even more once he won laugh.gif
eveready
post Dec 8 2010, 03:03 PM

Getting Started
**
Junior Member
232 posts

Joined: Nov 2010


metro ahad 14 december lalu?

this is super fastpoke
Aurai
post Dec 8 2010, 03:03 PM

New Member
*
Junior Member
46 posts

Joined: Nov 2010


“Saya sumpah dengan nama Allah tidak pernah melakukan perbuatan itu. Saya tidak pernah buat perkara dianggap paling ***** iaitu hendak menganiaya bangsa saya sendiri,” kata pelakon dan penyanyi, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie, 41.

ahahhaa


btw pekida=pemuda umno versi samseng
SUSCliffrison
post Dec 8 2010, 03:06 PM

It's so fluffy I'm gonna die!
*****
Senior Member
819 posts

Joined: Apr 2010
From: Kitchen -_-
tl;dr
Mie131085
post Dec 8 2010, 03:07 PM

Getting Started
**
Junior Member
136 posts

Joined: Apr 2010
From: Melaka <-- -> Kuala Lumpur


corrupted PEKIDA...
they said it is based on <insert religion>..
but some of their Logo said otherwise...
SUSsoundsyst64
post Dec 8 2010, 03:07 PM

I'm No-Longer-Noobs
*******
Senior Member
3,725 posts

Joined: Jul 2005
From: In /hardware/

QUOTE(Aurai @ Dec 8 2010, 03:03 PM)
btw pekida + perkosa=pemuda umno versi samseng
*
TSTiffa96
post Dec 8 2010, 03:12 PM

New Member
*
Newbie
10 posts

Joined: Aug 2010


Awie juga dituduh mengambil RM3,600 terhadap ahli yang mahu melakukan sumpah..

1 kepala =rm3600
walao kaya oo...
suicideroach
post Dec 8 2010, 03:22 PM

kiss mah a^^
******
Senior Member
1,483 posts

Joined: Dec 2005
From: Wangsa Maju



14 December??? 14??

this 14 will be Tuesday, not Sunday.

what the f*** have u been smoking TS?
TSTiffa96
post Dec 8 2010, 03:24 PM

New Member
*
Newbie
10 posts

Joined: Aug 2010


duno wo.. i copy this form c4ri g0ld forum.. 100% copy..

This post has been edited by Tiffa96: Dec 8 2010, 03:25 PM
SUSgogo2
post Dec 8 2010, 03:25 PM

gogo2
********
All Stars
18,672 posts

Joined: Jan 2003
From: Penang


Pekida....

http://www.humanrightspartymalaysia.com/20...alay-supremacy/
dieintragedy
post Dec 8 2010, 03:27 PM

Getting Started
**
Junior Member
118 posts

Joined: Feb 2007
haha..this is an last year article on metro..
sevensigns
post Dec 8 2010, 03:29 PM

"Cinta Sempurna"
******
Senior Member
1,180 posts

Joined: May 2008
Dey ni slowpoke gila babi.mana sosnya.tunjuk la.
saysay
post Dec 8 2010, 03:33 PM

New Member
*
Newbie
1 posts

Joined: Aug 2009
From: blue house



QUOTE(Aurai @ Dec 8 2010, 03:03 PM)
“Saya sumpah dengan nama Allah tidak pernah melakukan perbuatan itu. Saya tidak pernah buat perkara dianggap paling ***** iaitu hendak menganiaya bangsa saya sendiri,” kata pelakon dan penyanyi, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie, 41.

ahahhaa
btw pekida=pemuda umno versi samseng
*

sweat.gif
betul ke? kt tempat aku PKR punya kipas susah mati la banyak join Pekida, pe cite?



Robin Hood
post Dec 8 2010, 03:35 PM

Getting Started
**
Junior Member
289 posts

Joined: Nov 2010
From: sunny bikini yard


apa babi lanj pekida tu? pengkid gua tau lh..
ryoko2505
post Dec 8 2010, 03:37 PM

Casual
***
Junior Member
442 posts

Joined: Jan 2003
3 line..
SUSMalaysia Boleh
post Dec 8 2010, 03:37 PM

New Member
*
Junior Member
4 posts

Joined: Sep 2010
siapa Awie ?? Namawee i tau laa
oldskool AE
post Dec 8 2010, 03:39 PM

Getting Started
**
Junior Member
89 posts

Joined: Dec 2005


TS mmg gila babi slowpoke

berita tahun lepas ko nk bukak thread

go dai la
TSTiffa96
post Dec 8 2010, 03:41 PM

New Member
*
Newbie
10 posts

Joined: Aug 2010


smile.gif
riz50
post Dec 8 2010, 03:46 PM

New Member
*
Junior Member
42 posts

Joined: Jul 2006
From: where the sun sets
29 ker 30


Mie131085
post Dec 8 2010, 03:49 PM

Getting Started
**
Junior Member
136 posts

Joined: Apr 2010
From: Melaka <-- -> Kuala Lumpur


user posted image
axavaksa
post Dec 8 2010, 03:56 PM

New Member
*
Junior Member
8 posts

Joined: May 2007


QUOTE(oldskool AE @ Dec 8 2010, 03:39 PM)
TS mmg gila babi slowpoke

berita tahun lepas ko nk bukak thread

go dai la
*
not last year news ...last 2 years news..

check your calendar.....
FidelisGVR
post Dec 8 2010, 03:58 PM

On my way
****
Senior Member
669 posts

Joined: May 2008
From: City of Kittehs



pekida = perkasa = militants
SUSMecha_frog
post Dec 8 2010, 04:03 PM

New Member
*
Junior Member
41 posts

Joined: Oct 2004
From: The Interweb


lolololol phail of the year!
blackrage
post Dec 8 2010, 04:07 PM

New Member
*
Junior Member
5 posts

Joined: Oct 2007
user posted image

I want one oso... cry.gif
peaceretro
post Dec 8 2010, 04:15 PM

New Member
*
Junior Member
25 posts

Joined: Oct 2007
From: Kuala Lumpur



QUOTE(eveready @ Dec 8 2010, 03:03 PM)
metro ahad 14 december lalu?

this is super fastpoke
*
absolutely.ahaha icon_idea.gif
mousqy
post Dec 8 2010, 04:16 PM

Enthusiast
*****
Senior Member
758 posts

Joined: Aug 2008


user posted image

SLOW POKE TURN LEFT

This post has been edited by mousqy: Dec 8 2010, 04:19 PM

Bump Topic Topic ClosedOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0157sec    0.63    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 29th March 2024 - 07:43 PM