QUOTE
Sabah & Sarawak: Pondan berahi
Oleh Mohd Azrone Sarabatin dan Johary Indan
2010/10/04
Tampal iklan seks di kawasan strategik
KOTA BELUD: Kegiatan `pengiklanan perkhidmatan haram' di kawasan strategik terutama premis perniagaan, bangunan komersial dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dikesan semakin menjadi-jadi di pekan ini sejak akhir-akhir ini.
Dua kategori utama iklan yang mendominasi premis terbabit adalah perkhidmatan seks bersama pondan dan pinjaman wang oleh ceti haram atau along yang memperalatkan gadis cantik dan bersuara merdu menyambut panggilan serta menemui pelanggan.
Sehubungan itu, penduduk setempat meminta Majlis Daerah Kota Belud (MDKB) dan Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bertindak segera mengesan dan mengambil tindakan ke atas pihak yang bersekongkol dalam mengiklankan perkhidmatan yang dianggap menjejaskan moral masyarakat setempat itu.
Penguatkuasaan larangan pengiklanan berada dalam bidang kuasa MDKB, manakala tawaran perkhidmatan seks songsang itu berada dalam seliaan JHEAINS.
Seorang penduduk pekan Kota Belud, Gontor Guntur, 40, mendakwa ada gadis remaja di daerah ini diperalatkan oleh sindiket peminjam wang tidak berlesen untuk menarik pelanggan, terutama mereka yang sudah bekerja dan berusia 40 tahun ke atas.
"Dengan susuk tubuh menggiurkan, gadis remaja terbabit dengan mudah menarik perhatian pelanggan ditemui terutama di kalangan lelaki yang mudah tergoda dan akhirnya terperangkap dalam jerat ceti haram.
"Ada juga peminjam wang yang dikesan adalah golongan berkemampuan dan tidak memerlukan pinjaman, namun kerana tarikan si anak dara, mereka akhirnya terpedaya dan memasuki perangkap along," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Sehubungan itu, Gontor meminta MDKB bekerjasama dengan polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membanteras kegiatan pengiklanan haram terbabit.
Katanya, masyarakat daerah ini bimbang along akan bertindak ganas terhadap peminjam yang gagal melunaskan hutang berikutan pelbagai insiden membabitkan along yang kerap dilaporkan sebelum ini.
Seorang lagi penduduk, Maimun Soleh, 43, mendakwa iklan perkhidmatan seks songsang bersama pondan mudah ditemui di dinding premis perniagaan, bank dan mesin ATM.
Katanya, golongan berkenaan mempromosi perkhidmatan seks bersama pondan yang dilengkapi nama dan nombor telefon tanpa segan-silu untuk memudahkan pelanggan menghubungi mereka bagi berurusan.
Beliau berharap JHEAINS menyiasat individu terbabit dan kesahihan iklan berkenaan, sama ada ia menjaja maksiat atau fitnah bertujuan memburuk-burukkan penama terbabit.
"Operasi menulis dan menampal iklan berkenaan dikesan dijalankan sekitar jam dua pagi. Ramai penduduk marah dengan gejala sosial berkenaan kerana mengotorkan dinding dan tiang bangunan kedai," katanya.
Maimun berkata, MDKB harus bertindak segera menguatkuasakan undang-undang mendenda pengiklan perkhidmatan seks songsang kerana ia memberi kesan negatif kepada daerah ini.
"Kita tidak mahu kegiatan maksiat berlaku secara terbuka di daerah ini, kerana ia bukan saja memalukan malah menimbulkan pemandangan yang menjolok mata," katanya.

Oct 4 2010, 08:47 AM, updated 16y ago
Quote
0.0144sec
0.63
5 queries
GZIP Disabled