Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> MAHAGURU SILAT LINCAH laung amaran kepada INDON!, SILAT LINCAH MALAYSIA cabar INDON! News

views
     
SUShack3line
post Aug 26 2010, 04:58 PM, updated 16y ago

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


MAHAGURU SILAT LINCAH Cabar Pelampau Indon
user posted image

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Sekiranya benar ada dalang di sebalik tunjuk perasaan di Indonesia, saya cabar mereka tampil untuk dedahkan diri di sini.

Amaran keras itu dilafaz Pengerusi Majlis Tertinggi (MT) Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju kepada individu atau mana-mana pihak yang disifatkannya sebagai perosak negara dengan mendalangi peristiwa 'hitam' di hadapan Kedutaan Malaysia di Indonesia semalam.


Beliau ketika dihubungi di sini hari ini berkata, cabaran itu dilakukan kerana beliau sendiri merasa tercabar melihat Jalur Gemilang dipijak selain sedih mendengar khabar Kedutaan Malaysia yang menjadi jambatan kepada perhubungan dua negara dilempar dengan najis.

"Saya terkejut melihat reaksi rakyat Indonesia ke atas kedutaan kita. Jika benar ada dalang daripada rakyat negara ini dan jika benar dalang itu betul-betul berani, sila dedahkan diri anda," katanya.

Omardin menambah, beliau turut menerima ratusan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ahli persatuan silat itu mengenai tindakan yang perlu diambil.

"Apa pun, kita tidak akan bertindak melakukan perbuatan seperti penunjuk perasaan itu. Kita di sini lain, sentiasa menggunakan akal dan fikiran yang waras untuk menjaga keharmonian.

"Itu bagaimanapun tidak bermakna kita gentar. Sekiranya negara ini diceroboh, kita sanggup melawan meskipun negara ini kecil. Tidak perlulah gertak kita selalu," katanya.

Beliau dalam pada itu turut menzahirkan rasa kesal di atas apa yang berlaku ketika ini.

"Kita sebagai bangsa serumpun tidak perlulah berbalah begini. Di rumah saya sendiri ada lima orang gaji Indonesia, mereka kita tatang bagai minyak yang penuh," katanya.

sos : http://www.utusanonline.com.my/utusan/info...ri&pg=dn_15.htm

demo ilmu kebal tetak parang Silat Lincah Malaysia


user posted image

sewel tul indon nih! doh.gif doh.gif doh.gif
user posted image
user posted image

This post has been edited by hack3line: Aug 26 2010, 05:00 PM
SUShack3line
post Aug 26 2010, 05:08 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(HITMAN316 @ Aug 26 2010, 05:01 PM)
Ip Man can fight 10 peoples at once, he can or not?
*
this MAHAGURU, the silat lincah wan.. even very dare to challenge USA! shocking.gif
user posted image
SUShack3line
post Aug 26 2010, 05:25 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(Faidzal @ Aug 26 2010, 05:11 PM)
Cannot la hack3line.

Silat datang dari tok guru yang sama, cancel out liaooooo.....

Kan semua tok guru silat ajar adab silat ni dah?

Sama macam saka kau la, kalau dia keluar pastu lawan saka dari Indo, dua-dua cancel out each other.
*
“Orang kata pendekar zaman dahulu ditanam tapi hidup semula, kita buktikan. Orang kata pendekar zaman dulu digantung tetapi berjaya lepaskan diri, kita buktikan juga. Malah orang kata pendekar zaman dulu diikat dan dicampak ke dalam sungai, tapi masih berjaya bolos, juga kita buktikan. Cerita pendekar zaman dulu bukan hanya dongeng, malah benar-benar terjadi. Dan kita berjaya buktikan kebenaran sebahagian besar daripadanya,”

Silat Lincah dikatakan berasal dari Hang Jebat..

tapi yang aku tau Silat Lincah, Silat Gayung semuanya berasal dari tempat berdekatan kepulauan Riau, dari MAHAGURU Adi Putra

"Apabila Sang Adi Putra, Pelopor dan Pengasas Silat Melayu yang menjadi guru kepada Hang Tuah berlima sahabat telah menguasai dunia persilatan Melayu diseluruh Kepulauan Nusantara, ‘Singgahsana’ yang menjadi tunggak kepada Kerajaan Melayu Melaka itu ditukar menjadi Rumah Adat dalam setiap adat persilatan Melayu.

Oleh kerana pertubuhan ini berasal dari bumi Melaka iaitu di Pulau Besar yang mana ia adalah tempat YM Dato’ Mahaguru berguru, maka semua adat istiadat ini mengikut dan mewarisi adat istiadat persilatan di zaman Kerajaan Melayu Melaka."

...
budak matematik genius dari Malaysia pun namanya ialah Adi Putra.. entah kenapa diceritakan bahawa ada suatu suara datang kepada emaknya suruh bubuh nama Adi Putra..

aku dari aliran Silat Gayung PESAKA Malaysia tapi aku hormat aliran2 silat lain di Malaysia nih..
budak2 lincah ni memang dari dulu jenis tak tahan sabar.

This post has been edited by hack3line: Aug 26 2010, 05:26 PM
SUShack3line
post Aug 26 2010, 06:03 PM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(Faidzal @ Aug 26 2010, 05:30 PM)
TL;DR la hack3line, kan simple je kalau tulis yang adab orang bersilat, kalau guru sama tak boleh bergaduh, pasal dah jadi adik beradik dah.

Tak kisah la silat lincah ke, cekak ke, gayung ke, baldi ke.....
*
sedangkan Hang Tuah dan Hang Jebat mati berbunuhan padahal mahaguru mereka kedua-duanya berasal dari Sang Adi Putra.. untuk pengetahuan Faidzal, kalau nama je silat.. itu memang asal dari Melayu.. pencak silat yang digunakan di Indonesia pun memang diaorang sendiri pun tahu ia asal dari Melayu.

indonesia ada suatu persilatan dikenali sebagai Kuntau amat popular di tanah jawa, ia gabungan silat dari Melayu dan juga seni bela diri dari cina.

asal usul silat Gayung dan Lincah, Hang Tuah dan Hang Jebat.. dahulunya Riau di bawah empayar Melaka tapi dipecahkan oleh penjajah Inggeris-Belanda, Perjanjian Inggeris-Belanda tahun 1824 untuk melemahkan pengaruh kekuasaan Melayu di dunia ini
user posted image

Kesan Perjanjian Inggeris Belanda tahun 1824

* Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh iaitu pengaruh British dan Pengaruh Belanda... pengaruh Belanda sekarang dikenali Indonesia, pengaruh Inggeris dikenali sekarang ni sebagai Malaysia
* Perpecahan Empayar Johor-Riau. Empayar Johor berakhir apabila Singapura dan Tanah Besar Johor jatuh ke tangan British dan Kepulauan Riau di bawah pengaruh Belanda.



Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0145sec    0.30    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 7th December 2025 - 02:07 AM