Setelah lebih 11 tahun, RTK hanya mampu menyewa 2 buah rumah yang mengasingkan penghuni lelaki dan perempuan.
Tibalah masanya RTK merancang untuk mempunyai rumah dan kediaman sendiri.
Sehubungan ini, sumbangan dan sokongan padu daripada dermawan amatlah dialu-alukan.
RTK memerlukan 3000 lot wakaf untuk dijual dengan harga setiap lot RM1000.00
Untuk mendapat maklumat lanjut, sila hubungi pejabat RTK di 03-40255246
Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun berikut:
atas nama:
Persatuan Pengurusan Pusat Jagaan Titian Kaseh Kuala Lumpur
No Akaun Maybank
564061002172
setiap sumbangan dikecualikan cukai pendapatan di Bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Ruj: LHDN.01/35/42/51/179-6.6665, tarikh Kuatkuasa: 01. 12. 2009
Update tentang isu tempat tinggal Rumah Titian Kaseh
Selepas sedaya upaya mendapatkan dana untuk deposit rumah, alhamdulillah menjelang puasa, rumah yang didiami oleh anak-anak Titian Kaseh ini telah dapat membayar deposit untuk rumah tersebut. Jumlah deposit ialah RM270,000 iaitu 10% dari jumlah kesuluruhan harga rumah tersebut iaitu RM2,700,000. Rancangan seterusnya ialah MakPah akan cuba untuk membuatkan pinjaman bank agar rumah tersebut dapat dimiliki terus oleh Titian Kaseh. MakPah amat terharu dengan orang ramai yang telah menyumbang dan memberi sokongan kepada Rumah Titian Kaseh.
Kepada pembaca blog ini, anda masih berpeluang untuk menyumbang ke Rumah Titian Kaseh agar pinjaman rumah tersebut dapat dikurangkan lagi. Setiap sumbangan ini pasti akan memberi harapan kepada penghuni Titian Kaseh untuk terus tinggal di rumah tersebut. Semoga sumbangan ini akan pasti melipat gandakan rezeki anda bukan sahaja di dunia, malahan di akhirat kelak. Anda boleh dapatkan butiran serta jumlah kos dari MakPah sendiri di 019 - 6455769 atau 03-40255246
Penghuni: 85 orang
Ibu Tunggal: 20 org
Anak2 Yatim: 51 org
OKU: 12 org
Warga Emas: 2 org
http://rumahtitiankasih.blogspot.com/
Rumah Titian Kaseh, In need for donation to save their Home
Jul 1 2010, 12:47 PM, updated 16y ago
Quote
0.0110sec
0.69
5 queries
GZIP Disabled