Utusan Malaysia, 16 june 2011:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y...um&pg=fo_04.htm» Click to show Spoiler - click again to hide... «
QUOTE
Pelajar perubatan CUCMS mohon kerajaan campur tangan
WARIS PELAJAR TERANIAYA
Alor Setar
PADA 5 Ogos 2010, 236 pelajar mendaftar untuk mengambil kursus perubatan MBBS di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) walaupun kuota ditetapkan MMC (Majlis Perubatan Malaysia) hanyalah 150 orang untuk setiap pengambilan.
Daripada lebihan pelajar sebanyak 86 orang itu, 24 orang adalah di bawah tajaan MARA, manakala 21 orang adalah di bawah tajaan JPA.
Nasib pelajar tersebut kini terumbang-ambing akibat perbuatan CUCMS yang mengambil lebih pelajar daripada yang sepatutnya dan juga kecuaian pegawai di MMC, JPA dan MARA yang tidak memantau aktiviti universiti itu.
Akibatnya, kebanyakan pelajar tersebut itu teraniaya dan terpaksa ditukar ke kursus atau ke universiti lain.
Lebih menyedihkan lagi, 11 pelajar terpaksa mengulang keseluruhan kursus yang diambil setakat ini, iaitu selama dua tahun (termasuk 1 tahun asas dan tahun pertama) di sebuah universiti lain.
Ini sesuatu amat menghampakan pelajar dan ibu bapa yang mengharapkan pendidikan berkualiti untuk anak-anak mereka.
Begitu banyak masa dan wang terbuang begitu saja akibat kecuaian dan kegagalan pelbagai pihak.
Yang menanggung akibatnya adalah pelajar yang tidak bersalah.
Saya merayu kepada Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kesihatan termasuk MMC, JPA dan MARA supaya dapat mencari jalan terbaik dalam penyelesaian masalah ini.
Janganlah akibat ketamakan dan kecuaian orang lain, pelajar yang teraniaya.
MOHE, undated, via Bernama:
http://bpa.bernama.com/details.php?id=1753» Click to show Spoiler - click again to hide... «
QUOTE
CUCMS (Utusan Malaysia: 16-06-2011) - MOHE
Merujuk kepada aduan oleh Waris Pelajar Teraniaya, Alor Setar pada 16 Jun 2011, pihak Kementerian Pengajian Tinggi sedia maklum berkenaan isu pelajar perubatan CUCMS seperti yang dinyatakan.
Isu pengambilan pelajar melebihi kuota oleh CUCMS telah ditangani oleh pihak kementerian dengan kerjasama Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sejak sedari awal isu ini timbul.
Pihak kementerian seterusnya kini sedang memantau pengurusan CUCMS bagi penempatan semula 86 orang pelajar yang berkenaan dengan meletakkan soal kepentingan pelajar sebagai perkara utama yang perlu diambil perhatian.
Nothing new here, but the fact that this issue is penetrating the Malay speaking community is telling in it self.
Now if only the Chinese/Mandarin speaking community would look beyond their Chinese telescope.
That said, it is a bit of a stretch to say that the students are nothing but the victims in this matter. At the very least, they (or their parents) were contributory negligent in getting themselves in this mess.
This post has been edited by haya: Jun 20 2011, 01:29 PM