QUOTE(cheahcw2003 @ Oct 1 2009, 12:29 PM)
Ejen enggan jual AS1M?
Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
ainul.ahsan@utusan.com.my
KONFLIK kepentingan yang timbul akibat penjualan dana Amanah Saham 1Malaysia (AS1M), dana amanah terbaru Permodalan Nasional Berhad (PNB), kini dipercayai menyebabkan sesetengah ejen jualan yang merupakan bank-bank tempatan, agak 'keberatan' untuk menjualnya secara agresif. Penjualan produk dana amanah yang berharga tetap itu dilihat menjadi pesaing utama kepada produk-produk dana amanah yang kebanyakan harganya mengikut pasaran yang turut dijual oleh ejen-ejen jualan berkenaan.
Keadaan ini, dikatakan merupakan antara punca utama jualan AS1M agak perlahan. Utusan Malaysia difahamkan jumlah saiz tawaran dana amanah yang terbesar seumpamanya dan unjuran kemampuan pulangan yang mampu ditawarkan sedikit sebanyak menjejaskan permintaan terhadap produk yang ditawarkan mereka.
Pada 31 Julai lalu, AS1M menawarkan saiz dana sebanyak RM10 bilion dengan 50 peratus disediakan kepada pelabur Bumiputera, 30 peratus Cina, 15 peratus India dan bakinya untuk kaum lain. Sehingga 25 Ogos lalu, jumlah dana AS1M yang dilanggan berjumlah kira-kira dua bilion unit. Ini berbeza dengan sambutan hangat ibarat pisang goreng panas yang diterima oleh Amanah Saham Malaysia (ASM) dan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020) setiap kali dilakukan penambahan saiz dana.
Sources: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y...06.htm&arc=hive
As suspected, PNB is not a popular entity among the Private unit trust companies in Malaysia. Most of the banks are quite alarmed when the depositors start withdrawing their FD to put into AS1M.Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
ainul.ahsan@utusan.com.my
KONFLIK kepentingan yang timbul akibat penjualan dana Amanah Saham 1Malaysia (AS1M), dana amanah terbaru Permodalan Nasional Berhad (PNB), kini dipercayai menyebabkan sesetengah ejen jualan yang merupakan bank-bank tempatan, agak 'keberatan' untuk menjualnya secara agresif. Penjualan produk dana amanah yang berharga tetap itu dilihat menjadi pesaing utama kepada produk-produk dana amanah yang kebanyakan harganya mengikut pasaran yang turut dijual oleh ejen-ejen jualan berkenaan.
Keadaan ini, dikatakan merupakan antara punca utama jualan AS1M agak perlahan. Utusan Malaysia difahamkan jumlah saiz tawaran dana amanah yang terbesar seumpamanya dan unjuran kemampuan pulangan yang mampu ditawarkan sedikit sebanyak menjejaskan permintaan terhadap produk yang ditawarkan mereka.
Pada 31 Julai lalu, AS1M menawarkan saiz dana sebanyak RM10 bilion dengan 50 peratus disediakan kepada pelabur Bumiputera, 30 peratus Cina, 15 peratus India dan bakinya untuk kaum lain. Sehingga 25 Ogos lalu, jumlah dana AS1M yang dilanggan berjumlah kira-kira dua bilion unit. Ini berbeza dengan sambutan hangat ibarat pisang goreng panas yang diterima oleh Amanah Saham Malaysia (ASM) dan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020) setiap kali dilakukan penambahan saiz dana.
Sources: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y...06.htm&arc=hive
Oct 1 2009, 12:57 PM

Quote
0.0400sec
0.16
7 queries
GZIP Disabled