Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Malaysia is Alstom hub in Asia, producer of high speed train and power News

views
     
TSKampung2005
post Jul 26 2009, 08:00 PM, updated 17y ago

Proudly Kampungite, will always be one.
Group Icon
VIP
3,028 posts

Joined: Feb 2005
From: 梅田,大阪 //Sabah
Source : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y...at&pg=ko_05.htm

QUOTE

Malaysia hab Alstom

KUALA LUMPUR 24 Julai - Alstom, peneraju penjanaan dan infrastruktur rel, menyifatkan Malaysia sebagai satu hab penting untuk menguasai peluang yang kian berkembang di Asia.

"Malaysia adalah keseluruhan Asia. Kami perlu berada di Asia kerana lebih 50 peratus daripada megawatt baharu yang akan dipasang di dunia untuk tempoh beberapa dekad akan datang akan terletak di Asia," kata Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran Alstom Power, Denis Cochet pada satu taklimat media di sini hari ini.

Sebagai sebahagian daripada strategi Alstom untuk menguasai peluang sedemikian, kumpulan itu kini mempunyai tapak pengilangan kuasa di Indonesia, China dan India serta hab kuasa serantau di Malaysia, China dan India.

Konglomerat pelbagai negara dari Perancis itu merupakan pembekal ketiga besar di dunia peralatan penjanaan kuasa.

Ia merupakan peneraju penjanaan kuasa hidroelektrik, pulau konvensional bagi loji kuasa hidro dan sistem kawalan alam sekitar.

Alstom juga pengeluar kereta api berkelajuan tinggi dengan mengeluarkan sistem kereta api AGV, TGV dan Eurostar serta tram Citadis.

Kini, Asia menyumbang kira-kira 15 peratus kepada perniagaan Alstom dalam bidang loji kuasa dan pengangkutan.

Pada tempoh 2008/2009, 10 peratus daripada tempahan yang diterima kumpulan itu datang dari Asia Pasifik.

Menurut Cochet, terdapat kemungkinan untuk melibat lebih banyak projek di dalam sektor kuasa di dalam tempoh dua tahun kerana negara baru muncul memerlukan lebih banyak kuasa untuk menampung keperluan penduduk yang kian meningkat dan keperluan kilang industri dan pengilangan yang diwujudkan oleh negara maju.

Alstom berkata, banyak peluang juga wujud di Malaysia apabila lebih banyak syarikat tempatan berhasrat melaksanakan projek loji kuasa dan syarikat itu berminat menjalin kerjasama dengan mereka.

Entiti perniagaan Alstom di Malaysia, Alstom Asia Pacific Sdn. Bhd., diperbadankan pada awal Jun 1992 sebagai pusat serantau kejuruteraan dan sokongan loji kuasa bagi memastikan kemudahan diakses produk penjanaan kuasa, kejuruteraan dan perkhidmatan Alstom bagi kesemua pemilik dan pemaju loji di rantau ini.

Antara projek yang telah disiapkan dan sedang dilaksanakan di Malaysia ialah loji kuasa berkuasa arang batu Manjung, loji kuasa Lumut dan loji kuasa hidro Bakun.

Malaysia, katanya, turut menawarkan peluang segmen nuklear bagi Alstom selepas memutuskan untuk memasukkan tenaga nuklear bagi bekalan kuasa. - BERNAMA
mi-g
post Jul 26 2009, 08:07 PM

Part-time Troll
******
Senior Member
1,501 posts

Joined: Oct 2004
From: ISA Detention Room -Port Valdez-



malaysia will officially use nuke power?
TSKampung2005
post Jul 26 2009, 08:08 PM

Proudly Kampungite, will always be one.
Group Icon
VIP
3,028 posts

Joined: Feb 2005
From: 梅田,大阪 //Sabah
QUOTE(mi-g @ Jul 26 2009, 08:07 PM)
malaysia will officially use nuke power?
*
Nope, there is nothing in the article mentions that...

But Alstom, is a producer of nuclear power plant generation equipment...

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0154sec    0.43    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 17th December 2025 - 04:01 AM