.
Bagaimanapun, setahun setengah yang lalu, dia mula mengalami kesakitan dan apabila bertemu seorang ulama, dia memberitahu bahawa Azean mempunyai kanser tahap ketiga dan perlu menjalani pembedahan.
Selama setahun setengah menahan kesakitan, Azean masih tetap meneruskan aktiviti seninya seperti biasa termasuk berlakon dalam Datin Diaries dan menghadiri majlis perkahwinan pengarah Rashid Sibir.
Ketika itu Kak Yan dah sakit. Tapi semua orang tak tahu kan.... Sebab saya seorang pelakon yang baik. Tapi keluarga tahu apa yang sedang Kak Yan tanggung.
Sebenarnya punca yang menyebabkan Kak Yan terbuka pintu hati untuk bertemu doktor ialah apabila Kak Yan dileteri Nanu.
Masa itu kami sama-sama menyertai promosi Jom Heboh di Johor dan Kak Yan tumpang biliknya untuk bersiap.
Macam mak tiri dia berleter bila Kak Yan bagi alasan duit dan tak boleh cuti berlakon sebab tak mahu buat pembedahan.
Nanu terus jerit pada Kak Yan, kalau you mati, siapa nak bagi mereka makan! dan dia kata Tuhan akan cari jalan lain untuk kita.
Perkara itulah yang menyedarkan Kak Yan dan Nanu bukan sahaja paksa Kak Yan buat pembedahan, dia juga yang buatkan temujanji dengan doktor, cerita Azean.
Dan hari ini, kata aktres itu, datanglah apa juga dugaan, dia mengakui mampu menghadapinya.
Dan Kak Yan akui, doa adalah ubat yang baik untuk memberi ketenteraman jiwa kerana tidak ada tempat lain lagi untuk kita mengadu selain kepada Dia, katanya.
Azean juga mengakui dan begitu menyanjungi suaminya, Khairil Anwar Z. M. Rashidi.
Dia ibarat tulang belakang Kak Yan. Kak Yan bersyukur memiliki dia di sisi Kak Yan, katanya.
Malah saat diberitahu doktor, bahawa kansernya di tahap ketiga dan perlu dibedah, suaminya itulah yang banyak memberinya nasihat dan memintanya bersabar.
Bebas kanser
Bakal menjalani rawatan kemoterapi dalam tempoh dua minggu lagi, kata Azean, dia hanya akan mengetahui sama ada dirinya bebas kanser atau tidak dalam tempoh lima tahun lagi.
Pada usia Kak Yan 62 tahun nanti, barulah Kak Yan tahu sama ada Kak Yan menang atau tidak, katanya yang kini berusia 57 tahun.
Sebagai pesakit kanser payu dara tahap ketiga, kata Azean, dia perlu menjalani pembedahan mastektomi.
Cuma bezanya, sekarang sudah ada teknologi canggih yang mampu membina semula payu dara.
Kerana itu Kak Yan pilih Hospital Putrajaya seperti yang dicadangkan Yayasan Budi Penyayang kerana hanya hospital ini yang mempunyai kepakaran itu, kata Azean yang menjalani pembedahan pada 27 Jun lalu yang diketuai Ketua Jabatan Pembedahan dan Ketua Pakar Pembedahan Payu Dara dan Endokrin, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
Menurut Azean, selepas tiga minggu pembedahan, tisu yang dikeluarkan akan diuji untuk menentukan tahap rawatan kemoterapi yang perlu dijalani.
Dalam kes Kak Yan, mungkin Kak Yan akan menjalani rawatan kemoterapi tahap kedua kerana banyak kelenjar di bawah ketiak Kak Yan yang turut dibuang.
Rawatan itu agak mahal dan Kak Yan perlu jalani rawatan setiap tiga minggu sekali sebanyak enam kali. Akibat rawatan itu nanti, rambut, bulu kening dan bulu mata akan gugur.
Selesai kemoterapi, Kak Yan akan menjalani pula rawatan radioterapi, katanya yang berhasrat membukukan pengalamannya selepas pulih nanti.
Malah Azean memberitahu tidak akan bersara daripada dunia lakonan kerana ia menjadi minat dan darah dagingnya.
Cuma mungkin Kak Yan lebih selektif dan Kak Yan juga berhasrat untuk aktif di belakang kamera sebagai penulis skrip, katanya.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y...m#ixzz29a0aWPQP© Utusan Melayu (M) Bhd