QUOTE
Headline: Sistem pemarkahan politeknik dirombak
Publication: BM
Date of publication: Aug 5, 2012
Byline / Author: Oleh Badrul Kamal Zakaria
Pasir Gudang: Kementerian Pengajian Tinggi akan merombak sistem pemarkahan akademik pengajian politeknik bagi menyelaras dengan pemarkahan semua peperiksaan utama lain.
Ini kerana pengiraan markah akademik politeknik ketika ini tidak selaras pemarkahan akademik di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi atau Diploma institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Berusaha selaraskan
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya sedang berusaha membuat kesetaraan sistem pemarkahan itu bagi membolehkan lulusan politeknik melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
"Ini kerana, sekiranya pelajar politeknik mendapat keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.5, mungkin nilai markahnya di peringkat Matrikulasi atau IPTA hanya sekitar 3.00 saja.
"Sebelum ini, lulusan diploma politeknik hanya layak memasuki IPTA bidang teknikal saja. Menerusi penyelarasan, pelajar terbabit dijangka layak memasuki mana-mana IPTA atau universiti penyelidikan pada masa depan," katanya.
Beliau mengulas kegagalan ramai lulusan politeknik memasuki IPTA selepas menamatkan pengajian mereka peringkat diploma selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama penduduk di Masjid Taman Rinting, di sini, kelmarin.
Old posts .. but perhaps some people didn't have a chances to read it. There are 1001 lame excuses given every year to those who failed to secure a place in a good universities
For those who questioned why they have been rejected for years, now you know why ...

. This only happened after year 2000 when there are intervention from some <censored .. la ptuiii > .....
BTW, good luck for those who still want to continue to Polytechnic but aimed to joined a prestigious universities .. I didn't know when will they revise the score but I bet it will take yearsssss