Di kaki jejantas Time Square, Bkt Bintang terdapat budak-budak dan orang dewasa memberi flier promosi kepada orang umum. Kemudian, anda diberitahu telah menang hadiah istimewa! Tak percaya? Aku pun tak percaya pada pertama kali. Mereka akan mengelilingi kamu dan "menjelaskan" kepada kamu mesti pergi ke pejabat (Starr Healthcare (m) Sdn. Bhd. di Jln Kuchai Lama) untuk menebus hadiah. Mereka cuba mendapatkan perhatian kamu dan kamu harus mengikuti salah seorang dari mereka ke pejabat mereka dengan teksi ataupun kenderaan kamu. Setelah tiba di pejabat anda akan ditunjukan keratan surat khabar spt. berita harian pemenang yg lain (kemungkinan besar gambar dan teks telah diedit) utk mendapat kepercayaan kamu. Mereka akan terus bercakap dan memujuk kamu dengan tujuan mengelakkan kamu membuat pangilan telefon dan tidak memberi masa utk berfikir. Kamu harus tandatangan dokumen dan mengambil gambar kamu utk kononnya dipapar di surat khabar. Kemudian, mereka akan mengikuti kamu ke atm bank untuk mengambil wang dan pastikan kamu tak lari. Mereka sangat berpengalaman dalam penipuan dan mungkin ada sokongan 'tai kor' atau geng.
Kes penipuan ini semakin serius dan berleluasa di banyak tempat yang lain juga. Aku nak memberi informasi penipuan ini kepada orang umum supaya tidak menjadi mangsa yang seterusnya. Sebarkan perkara ini kepada orang yg tersayang dan rakanmu yang lain. Sila melaporkan kes ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna dgn segera mengenai sebarang maklumat yg berkaitan. Talian bebas 1800889811 atau no telefon 03-8882 5822
P/s: Ini mungkin perkara lucu kepada kamu yang pandai berfikir jadi jgn biar orang tersayang jadi bahan lucu. Sebarkan perkara ini!
Informasi yang lebih lanjut di sini mesra.net
2009 Mega Sales near TS bridge -- SCAM yo :3, do you know anything about them? Serious Talk
May 30 2009, 12:53 AM
Quote
0.0332sec
0.51
7 queries
GZIP Disabled