Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> 2009 Mega Sales near TS bridge -- SCAM yo :3, do you know anything about them? Serious Talk

views
     
beetle_larvae
post Apr 30 2010, 12:56 PM

Regular
******
Senior Member
1,000 posts

Joined: Jan 2003
From: 10465 South Park,Colorado



Same or not ??

Pelancong ditipu
Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee

2010/04/30
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Sungguh memalukan apabila sindiket gores dan menang kini menjadikan pelancong asing sebagai mangsa terbaru menyebabkan seorang pelancong rugi RM1,500, baru-baru ini.
Menjadikan kawasan tumpuan pelancong sebagai lokasi sasaran, dalam kejadian terbaru mangsa warga Kanada, Caroline Seah, 27 diperdayakan apabila sindiket itu menawarkannya pakej percutian ke Bali dan Australia.


“Ketika berjalan di jejantas dekat restoran makanan segera di Jalan Petaling, saya dihampiri seorang gadis dan lelaki dengan risalah percutian percuma.


“Mereka menawarkan kad cabutan bertuah menjanjikan hadiah lumayan. Saya yang mempercayainya menggores kad itu,” katanya ketika di temui di Biro Pengaduan Awam MCA semalam.


Katanya, sebaik digores, pasangan itu melompat girang memberitahu dia memenangi tilam jed bernilai RM15,000.


“Saya enggan menerima hadiah itu, namun mereka berjanji membantu menjual tilam itu jika saya membayar RM6,000 bagi kos pemprosesan dan pengiklanan di akhbar.


“Mereka berjanji wang penjualan tilam itu akan diperolehi dalam 24 jam dan saya dibawa ke pejabat mereka di Jalan Kuchai Lama sebelum menyerahkan RM1,500,” katanya.


Katanya, dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada pengurus hotel didiaminya yang memaklumkan dia ditipu sindiket.


source

beetle_larvae
post May 25 2010, 03:59 PM

Regular
******
Senior Member
1,000 posts

Joined: Jan 2003
From: 10465 South Park,Colorado


From Metro...
Menang tapi bayar RM2,000


2010/05/25


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota bukan saja dipaksa mengikut dua lelaki tidak dikenali ke pejabat mereka di Kuchai Lama di sini, tetapi juga diarahkan membayar sejumlah wang selepas membuka satu kupon yang ditawarkan kepadanya.
Malah, pelajar malang itu juga mendakwa didesak lebih sejam supaya membuat pembayaran berkenaan sebelum dibenarkan pulang.


Menurut sumber, mangsa didatangi dua lelaki tidak dikenali berusia lewat 20-an sebelum menawarkannya satu kupon bertuah kira-kira jam 6.30 petang, Jumaat lalu apabila mangsa berada di Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil.


Mangsa yang terpedaya dengan pujukan suspek kemudian membuka kupon berkenaan sebelum mereka mendakwa dia memenangi sebuah tilam berharga RM7,000.


“Mangsa meminta hadiah berkenaan sebelum seorang daripada suspek mendakwa dia perlu mengikuti mereka ke pejabat di Kuchai Lama.


“Walaupun enggan, dia dipaksa mengikut mereka,” katanya.


Sumber berkata, mangsa kemudian ditunjukkan hadiah yang dimenanginya sebelum dia diarahkan membayar sebahagian daripada harga tilam yang dimenanginya.


“Mangsa yang enggan berbuat demikian kemudian memarahi mereka sebelum seorang daripada suspek terus mendesaknya.


“Mangsa didesak lebih sejam sebelum seorang daripada suspek mengarahkannya membayar RM2,000,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang berkeras untuk tidak membayar kemudian dimarahi kedua-dua suspek sebelum diusir dari pejabat berkenaan.


Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil.

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0254sec    0.71    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 5th December 2025 - 05:06 PM