Welcome Guest ( Log In | Register )

3 Pages  1 2 3 >Bottom

Outline · [ Standard ] · Linear+

> MALAYSIA nak bina HAB PERTAHANAN NEGARA di Perak!, Malaysia defence/military hub in Perak.. News

views
     
SUShack3line
post Jan 5 2010, 12:23 AM, updated 13y ago

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


MALAYSIA AKAN JADI HAB PERTAHANAN TERBESAR di ASEAN !!!

QUOTE(Hab Pertahanan Malaysia di Perak!)
Hab pertahanan negara dilaksanakan akhir tahun
Oleh Zef Othman
bhbiz@bharian.com.my

PROJEK Taman Teknologi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MDSTP) di Sungkai, Perak, yang dijangka dibangunkan akhir tahun ini, mampu mengangkat nama negara dalam industri pertahanan dan bakal menjadi antara penyumbang utama terhadap ekonomi berasaskan inovasi.

Ketua Eksekutif Masterplan Consulting Sdn Bhd (Masterplan), Ahmad Faris Abdul Halim, berkata rancangan membangunkan MDSTP bertujuan menjadikan Malaysia sebagai hab industri pertahanan dan keselamatan di rantau ini, dengan sasaran awal membabitkan tempoh pembangunan bersepadu untuk sekurang-kurangnya 11 tahun.

Katanya, projek terbabit juga bakal membuka ruang kepada pemikir dan tenaga pakar tempatan untuk menyumbang dengan lebih aktif bagi melahir serta membangunkan produk pertahanan bertaraf dunia.

Beliau berkata, ini dapat direalisasikan kerana MDSTP akan disokong dengan penyediaan prasarana canggih, selaras dengan keperluan membangunkan kelengkapan ketenteraan bagi pasaran lebih meluas.

“Selain menyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi negara, MDSTP akan menjadi satu mercu tanda yang bakal melahirkan pelbagai produk bertenaga dan bermutu yang boleh dimanfaatkan penggerak industri tempatan.

“Kami jangka penyertaan syarikat luar negara mampu menyumbang terhadap kerjasama yang dapat meningkatkan aspek operasi sektor pertahanan dan keselamatan di sekitar negara Asean.

Ia juga akan dijadikan pusat kepada pemikir, tentera dan syarikat pengeluar produk pertahanan untuk membangunkan produk yang mempunyai nilai pasaran tinggi,” katanya ketika ditemui Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Masterplan diberi mandat untuk membangunkan projek MDSTP, iaitu idea yang bakal menjadikan negara ini sebagai hab industri pertahanan serantau. Ini selaras saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahukan Malaysia beralih kepada sumbangan pendapatan dan ekonomi yang tertumpu kepada inovasi.

Pertengahan tahun lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata MDSTP membolehkan Malaysia untuk tampil ke depan dalam menjadi hab pengeluaran kelengkapan pertahanan dan alat ganti untuk penggerak industri di rantau ini.

Malah, katanya, Malaysia perlu bersedia untuk merebut peluang daripada unjuran peningkatan belanjawan pertahanan di Asia sebanyak 32 peratus menjelang 2016, iaitu pertumbuhan sumbangan mencecah AS$480 bilion daripada belanjawan pertahanan global.

Ahmad Faris menambah, rancangan membangunkan sebuah pusat pertahanan pintar yang dilengkapi kemudahan penyelidikan, pengeluaran dan pemasaran termoden perlu dilaksanakan dengan teliti serta tersusun.


Katanya, pelaksanaan MDSTP bermula dengan fasa pertama yang membabitkan tiga tahun bagi memastikan penyediaan prasarana asas dan fizikal memenuhi keperluan pelabur.

Beliau berkata, pelaksanaan fasa kedua dan ketiga akan dilaksanakan bagi menjamin kesinambungan keberkesanan prasarana yang dibina untuk pelabur.

“Apabila rancangan pembangunan berjaya memasuki kedua-dua fasa itu, usaha memperluaskan pembabitan pelabur secara aktif di pusat itu akan dilaksanakan dan penampilan imej MDSTP yang menepati standard antarabangsa akan diketengahkan dengan lebih agresif,” katanya.

Ahmad Faris berkata, selain membangunkan produk ketenteraan, MDSTP boleh dijadikan pusat untuk peserta bertukar pandangan, selain menawarkan idea baru yang selari dengan ancaman global yang semakin membimbangkan.

Malah, usaha Malaysia membangunkan pusat pintar untuk sektor pertahanan disambut baik pada peringkat antarabangsa dan ia terbukti berdasarkan minat dan kecenderungan yang ditunjukkan negara seperti Brazil, Norway, Itali dan Korea Selatan,” katanya.
source : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/...icle/index_html

Kerajaan kenal pasti tapak seluas 480 hektar untuk dimajukan di Sungkai
Malaysia jadi hab industri pertahanan
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Malaysia bakal menjadi pusat atau hab industri pertahanan bagi pasaran tempatan serta rantau ASEAN apabila kerajaan mengenal pasti tapak seluas 480 hektar di Sungkai, Perak untuk dimajukan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, bagi tujuan itu syarikat-syarikat tempatan yang berpotensi tinggi telah diminta mengorak langkah untuk mengadakan kerjasama dengan negara luar khususnya dari negara ASEAN.

Beliau berkata, antara produk-produk pertahanan yang berpotensi dikeluarkan di hab tersebut adalah peralatan berkaitan komunikasi, automotif, maritim, persenjataan serta barangan guna sama.

''Sudah sampai masanya kerjasama di kalangan negara ASEAN untuk kita keluarkan barangan dan peralatan di rantau ini sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pembelian dari luar negara.

''Kerjasama ini akan dapat menguntungkan negara ASEAN dan pada masa sama pemain industri pertahanan negara dapat mempelajari teknologi luar dan dapat mengeluarkan produk barangan untuk kegunaan tempatan dan negara anggot
a," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) yang menyelar tindakan kerajaan kerana tidak menggunakan jaket kalis peluru yang dihasilkan oleh syarikat tempatan sebaliknya menggunakan jaket kalis peluru buatan China.

Ahmad Zahid ketika menjelas isu itu berkata, semua anggota tentera negara ini menggunakan jaket kalis peluru hasil buatan syarikat tempatan.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal Saifuddin mengenai langkah diambil kerajaan untuk menjadikan negara sebagai hab pengeluaran kelengkapan pertahanan di rantau ini, Ahmad Zahid berkata, negara berkecimpung dalam industri pertahanan negara sejak 1970-an.

''Dari semasa ke semasa, kita berjaya meningkatkan keupayaan untuk terbabit dalam pelbagai bidang termasuk pembuatan, penyelenggaraan, baik pulih, fabrikasi dan pemasangan komponen," katanya lagi.

Katanya, selaras dengan hasrat meningkatkan potensi industri pertahanan tempatan ke peringkat global, kementerian juga sentiasa membantu mempromosi dan menggalakkan perkembangan serta pembangunan keupayaan syarikat industri pertahanan negara.

Antara syarikat tempatan yang berpotensi menjayakan matlamat berkenaan termasuklah Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. dalam pembuatan komponen komposit, Airod Sdn. Bhd. (penyelenggaraan pesawat), SME Ordnance Sdn. Bhd. (pembuatan senjata dan bahan letupan) dan DRB Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. (pembuatan kenderaan tentera).

user posted image

HAB PERTAHANAN NEGARA di Perak.. 11 tahun .. maknanya tahun 2021 baru siap lor

Sungkai, Perak adalah terletak di utara Malaysia.. mungkin antara sebab kerajaan Malaysia buat di sana ialah bersedia jika bila-bila masa Thailand buka laluan Segenting Kra a.k.a Thai Canal di Selatan Thailand.. projek USD23 BILLION.. macam kerajaan Malaysia buat pangkalan Tentera Laut Malaysia termaju di Sabah dan beli kapal selam scorpene pun sebab di kepulauan Spratly dekat dengan Sabah tu

user posted image <-- projek negara China nak kuasai ekonomi Asia

user posted image
http://www.thai-canal.org <-- website rasmi Thailand nak potong selatan Thailand (kalau faham bahasa siam la) laugh.gif

...
bila kerajaan Thailand dah berjaya buka/potong selatan Thailand maka berlonggok la kapal akan lalu di utara Malaysia.. mungkin sebab tu buat pusat/hab pertahanan negara Malaysia di utara Malaysia di Sungkai, Perak.. Brazil, Norway, Itali dan Korea Selatan dah setuju nak masuk join projek sekali.. utara Malaysia, TUDM Butterworth di Pulau Pinang boleh r test jet-jet perang buatan Malaysia nanti hmm.gif

ramalan aku.. tatau la betul ke tidak doh.gif
2010 : projek F1 Malaysia (ada 2 pasukan lagi..)
2011 : Jambatan kedua Pulau Pinang siap dan juga kontrak perjanjian separuh air Malaysia-Singapura habis
2012 : windtunnel termaju di Asia siap di Sepang untuk kajian aerodynamik dan pembinaan jet pejuang (cadangan CTRM yang juga masuk projek hab pertahanan termaju di Asia lokasi Perak dan juga projek F1 Malaysia)
2015 : pusat pentadbiran Malaysia berubah sepenuhnya dari KL --> PUTRAJAYA
2017 : jambatan Malaysia-Indonesia (Melaka-Dumai) siap sepenuhnya
2020 : Malaysia jadi negara Maju?
2021 : projek hab termaju di Asia, hab pertahanan ketenteraan #1 di ASEAN siap sepenuhnya
2022 : projek Thai Canal USD23 BILLION, kerajaan Thailand nak potong selatan Thailand siap dengan bantuan negara China
2023 : Singapura dah tak tahan akhirnya masuk kembali jadi wilayah Malaysia.. diaorang dah siap nak beli banyak rumah di Iskandar Malaysia??

This post has been edited by hack3line: Jan 5 2010, 12:25 AM
jinaun
post Jan 5 2010, 12:25 AM

where are my stars???
Group Icon
Elite
6,138 posts

Joined: Jan 2003
well.. ppl says weapons & defense is the best business...

the sword and the shield.. can sell to both sides.. lol
SUSedwardstevens
post Jan 5 2010, 12:26 AM

Casual
***
Junior Member
366 posts

Joined: Nov 2007
From: Sin City
potong camne tu? pisahkan semenanjung melesia?
chunsiang
post Jan 5 2010, 12:26 AM

New Member
*
Junior Member
9 posts

Joined: Feb 2007
From: Kepong, KL


QUOTE
2023 : Singapura dah tak tahan akhirnya masuk kembali jadi wilayah Malaysia

laugh.gif
lulz
post Jan 5 2010, 12:27 AM

New Member
*
Junior Member
25 posts

Joined: Jul 2008


its a good plan but i hope the project is not dead in a year after launching .

This post has been edited by lulz: Jan 5 2010, 01:07 AM
SUSpeewee
post Jan 5 2010, 12:28 AM

New Member
*
Junior Member
32 posts

Joined: Oct 2009

user posted image
mellovicious
post Jan 5 2010, 12:37 AM

Casual
***
Junior Member
465 posts

Joined: Sep 2009
From: under your bed


waaa, very informative la this thread....
*not really*
olman
post Jan 5 2010, 12:40 AM

Regular
******
Senior Member
1,982 posts

Joined: Jan 2003


dont get shot by ur own merchandise yea!
SUSFlizzardo
post Jan 5 2010, 12:42 AM

Troll
******
Senior Member
1,093 posts

Joined: Mar 2005
From: Internet


saya sokong kerajaan
sickx
post Jan 5 2010, 12:44 AM

:)
******
Senior Member
1,232 posts

Joined: Dec 2005


semua nak dijadikan hab.hab porno asia taknak pulak.
penmarker
post Jan 5 2010, 12:46 AM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
2,002 posts

Joined: Jun 2007


QUOTE(sickx @ Jan 5 2010, 12:44 AM)
semua nak dijadikan hab.hab porno asia taknak pulak.
*

news headline

QUOTE
Malaysia The Joke of Asia Gains Popularity Through Pornography


you're creverr my frren
zamanjaafar
post Jan 5 2010, 12:46 AM

NOT DUPIN' SINCE '03
******
Senior Member
1,122 posts

Joined: Jan 2003


PR Zombie sleep early?
Polaris
post Jan 5 2010, 12:46 AM

Trust Fund Baby
*******
Senior Member
2,850 posts

Joined: Aug 2006
From: Stellar Nursery
HUB = Manyak $$$$$ masuk manyak poket!!! See ---> PKFZ, Bakun, white elephants

-- sos - kamus malaysia --
SUSFlizzardo
post Jan 5 2010, 12:47 AM

Troll
******
Senior Member
1,093 posts

Joined: Mar 2005
From: Internet


QUOTE(Polaris @ Jan 5 2010, 12:46 AM)
HUB = Manyak $$$$$ masuk manyak poket!!! See ---> PKFZ, Bakun, white elephants

-- sos - kamus malaysia --
*
doh.gif doh.gif doh.gif

itu semua sebab paklah
SUSgengkey01
post Jan 5 2010, 12:47 AM

Getting Started
**
Junior Member
253 posts

Joined: Aug 2009
malaysia>singapore,thai,china..

add

2024-Malaysia still got slowest internet speed =phail
SUShack3line
post Jan 5 2010, 12:48 AM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin


QUOTE(edwardstevens @ Jan 5 2010, 12:26 AM)
potong camne tu? pisahkan semenanjung melesia?
*
potong bagi kapal2 besar perdagangan besar boleh lalu di Selatan Thailand, projek tu disokong oleh negara China USD23 BILLION!

projek jambatan Malaysia-Indonesia dan projek jambatan kedua pulau pinang pun disokong oleh negara china..

...
jadi kita boleh expect keutamaan akan diberi kepada kapal2 dagang terbesar dari negara China, bank terbesar negara China pun dah masuk daftar untuk beroperasi di Malaysia..

laluan-laluan utama laut di Asia Tenggara semuanya akan dikuasai oleh negara China.. pandai tak diaorang?? rclxms.gif

ekonomi negara China tiap2 tahun pun naik dalam 10%, tahun 2007 berjaya pintas ekonomi Jerman.. sekarang sikit je lagi nak potong GDP negara Jepun.. negara Jepun pun dah ubah strategi tumpu pada Asia.. cuak gak diaorang nih kalau kalah dalam perebutan kuasa di Asia Timur tu Jepun vs China vs Korea

kita tunggu dan lihat je la nanti ye.. boleh jadi USA akan tambah jet2 pejuang mereka di Filipina, Marshall Islands, Australia, Singapura.. perang psikologi untuk halang benda nih icon_idea.gif

dulu USA cold war dengan Russia, sekarang ngan China pula rclxub.gif
SUSLawdRetep
post Jan 5 2010, 12:51 AM

Getting Started
**
Junior Member
298 posts

Joined: Feb 2008
From: Subang Jaya


But it's so hard to keep a jet engine from ending up in Africa isn't it?
rokiroad
post Jan 5 2010, 12:52 AM

Getting Started
**
Junior Member
108 posts

Joined: Mar 2009
From: hang suka arbok?
we are circled by US allies,fufufu
everest
post Jan 5 2010, 12:54 AM

Getting Started
**
Junior Member
123 posts

Joined: Sep 2007
Expect to see more firearms missing in the future.
quintessential
post Jan 5 2010, 12:54 AM

ilha formosa
*******
Senior Member
2,919 posts

Joined: Feb 2006
From: tanah melayu
QUOTE(hack3line @ Jan 5 2010, 01:48 AM)
potong bagi kapal2 besar perdagangan besar boleh lalu di Selatan Thailand, projek tu disokong oleh negara China USD23 BILLION!

projek jambatan Malaysia-Indonesia dan projek jambatan kedua pulau pinang pun disokong oleh negara china..

...
jadi kita boleh expect keutamaan akan diberi kepada kapal2 dagang terbesar dari negara China, bank terbesar negara China pun dah masuk daftar untuk beroperasi di Malaysia..

laluan-laluan utama laut di Asia Tenggara semuanya akan dikuasai oleh negara China.. pandai tak diaorang??  rclxms.gif

ekonomi negara China tiap2 tahun pun naik dalam 10%, tahun 2007 berjaya pintas ekonomi Jerman.. sekarang sikit je lagi nak potong GDP negara Jepun.. negara Jepun pun dah ubah strategi tumpu pada Asia.. cuak gak diaorang nih kalau kalah dalam perebutan kuasa di Asia Timur tu Jepun vs China vs Korea

kita tunggu dan lihat je la nanti ye.. boleh jadi USA akan tambah jet2 pejuang mereka di Filipina, Marshall Islands, Australia, Singapura.. perang psikologi untuk halang benda nih  icon_idea.gif

dulu USA cold war dengan Russia, sekarang ngan China pula  rclxub.gif
*
tak takut china akan menjajah tanah melayu ke? kan jadi macam singapura pulak. orang cina berkuasa, orang melayu ditindas. tanah melayu akan menjadi wilayah cina, a.k.a nan yang.

3 Pages  1 2 3 >
Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0168sec    0.25    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 29th March 2024 - 06:08 PM